Friday, February 15, 2013

3 perlawanan untuk minggu kesembilan


Oleh Hasrulraizan
BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Feb - NFABD selaku penganjur Liga Super DST-Brunei 2012/2013 memaklumkan bahawa hanya tiga perlawanan dijadualkan berlangsung pada Minggu Ke-9 Liga berkenaan bermula Jumaat, 15 Februari ini sehingga 17 Februari.

Liga bertaraf kebangsaan itu akan berhenti rehat selama seminggu dari 18 Februari hingga 25 Februari, sebelum diteruskan pada Selasa, 26 Februari, sebagai pembuka tirai Minggu Ke-10, sehingga Ahad, 3 Mac.

Kemuncak Liga berkenaan dijadualkan berlangsung pada 10 Mac antara dua buah pasukan yang berpotensi untuk menjulang gelaran "Juara Liga" Musim 2012/2013 ini iaitu MS ABDB (19 mata dari 7 perlawanan) dan Indera SC (13 mata dari 6 perlawanan), dan keputusan perlawanan pada malam itu mungkin menjadi penentu "Juara Liga".

Dalam jadual terbaru yang dikeluarkan oleh NFABD hari ini, Minggu Ke-9 akan menyaksikan Indera SC lawan Kilanas FC pada pukul 4:15 petang Jumaat, 15 Februari di Stadium Negara Hassanal Bolkiah (SNHB), LLRC FT lawan Majra United FC pada pukul 8:15 malam Sabtu, 16 Februari di Balapan & Padang, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah (KSNHB) dan QAF FC lawan Wijaya FC pada pukul 8:15 malam Ahad, 17 Februari di Balapan & Padang, KSNHB.

Kesemua empat perlawanan pada Minggu Ke-10 akan dilangsungkan di Balapan & Padang, KSNHB bermula dengan perlawanan antara MS Polis Diraja Brunei (PDB) lawan Jerudong FC pada pukul 4:15 petang Selasa, 26 Februari, diikuti QAF FC lawan Majra United FC pada pukul 8:15 malam Sabtu, 2 Mac, dan dua perlawanan pada Ahad, 3 Mac iaitu MS ABDB lawan Kilanas FC pada pukul 4:15 petang dan Wijaya FC lawan Najip FC pada pukul 8:15 malam.

Minggu Ke-11 sebagai Minggu Terakhir akan menyaksikan Indera SC beraksi dua kali iaitu lawan MS PDB pada pukul 8:15 malam Selasa, 5 Mac di Balapan & Padang, KSNHB, dan lawan MS ABDB pada pukul 8:15 malam Ahad, 10 Mac.

Satu lagi perlawanan pada Minggu Terakhir berkenaan ialah QAF FC lawan Najip FC pada pukul 8:15 malam Sabtu, 9 Mac, di Balapan & Padang, KSNHB.

No comments:

Post a Comment