- Oleh: Abu Bakar Haji Abdul Rahman
PEMANGKU Ketua Pegawai Eksekutif DST Sdn. Bhd., Awang Suhaimi bin Haji
(Foto: Abu Bakar Haji Abdul Rahman)
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 14 Mac. - Pasukan
Indera Sport Club (SC) muncul juara Liga Super Brunei-DST 2012/2013
apabila memenangi perlawanan terakhir liga dengan menumpaskan pasukan
yang sebelumnya mengekalkan kemenangan iaitu pasukan Majlis Sukan
Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MS ABDB) dengan jaringan 1-0 pada 10
Mac lepas.
Sehubungan itu petang tadi diadakan
Majlis Penyampaian Hadiah bagi kejohanan tersebut termasuk penjaring
terbanyak yang diadakan di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.
Hadir menyempurnakan penyampaian Piala
Liga Super Brunei DST 2012/2013 tersebut ialah Pemangku Ketua Pegawai
Eksekutif DST, Suhaimi bin Awang Haji Hussain kepada Pengurus Pasukan
Indera SC, Awang Rosdin bin Haji Abd. Aziz.
Juara menerima medal, piala iringan dan
wang tunai $10,000.00 yang disampaikan oleh Setiausaha Tetap Kementerian
Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dato Paduka Awang Haji Mohd. Hamid bin
Haji Mohd. Jaafar.
Manakala naib juara MS ABDB menerima
medal, piala iringan dan wang tunai berjumlah $7,000.00 yang disampaikan
oleh Timbalan Presiden NFABD, Yang Dimuliakan Pehin Datu Indera Sugara
Brigedier Jeneral (B) Dato Paduka Haji Md. Yussof bin Abu Bakar.
Menerima hadiah selaku penjaring
terbanyak diberikan kepada pemain Indera SC, Mohd. Azwan bin Ali Rahman
dan menerima hadiah Fair Play Team diberikan kepada pasukan LLRC FC.
Juga menerima hadiah ialah
pasukan-pasukan yang menjuarai Liga Kebangsaan DST 2011/2012 terdiri
pasukan LLRC wakil Kumpulan 'A', QAF FC dari Kumpulan 'B', pasukan
Indera SC mewakili Kumpulan 'C' dan Majra United mewakili Kumpulan 'D'.
No comments:
Post a Comment