Oleh Hasrulraizan
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Ogos – Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Bawah 23 Tahun (U-23) Negara Brunei Darussalam membuktikan kemampuan mereka bersaing dengan MS ABDB, apabila berjaya menang tipis 1-0 ke atas Naib Juara Liga Super DST Brunei 2012/2013 itu dalam Kejohanan Bola Sepak Jemputan 6 Penjuru 2013 malam ini.
Walaupun jaringan yang terhasil pada minit ke-58 merupakan ‘hadiah’ daripada penjaga gawang MS ABDB, Soldadu Md Tarmizi Haji Mat Johari kepada Muhd Shafie Haji Muhd Efendy, namun kemampuan U-23 Negara bertahan tanpa bolos ketika hanya bermain 10 orang sedari minit ke-69 lagi seolah-olah memperlihatkan masa depan cemerlang buat mereka.
Soldadu Md Tarmizi ‘termuntah’ bola ke kaki Muhd Shafie di dalam Petak D ketika cuba menangkap bola tetapi terkena kakinya pula, sebelum Muhd Shafie menguis bola ke depan melepasinya dan kemudian mudah menendang masuk bola menggunakan kaki kiri ke gawang terbuka, walaupun pertahanan MS ABDB, Soldadu Affendy Haji Akup cuba menyelamatkan bola dengan merebahkan badan dan meluruskan kakinya.
Namun selang 11 minit kemudian Muhd Shafie bertukar dari wira kepada ‘penjahat’ apabila menyebabkan rakan-rakan sepasukannya terpaksa bermain 10 orang selepas dirinya diarah keluar padang dalam perlawanan yang berlangsung di Kompleks Sukan Berakas berkenaan.
Muhd Shafie dilayangkan kad merah akibat menerima kad kuning keduanya pada minit ke-69 kerana sengaja menendang kaki pertahanan MS ABDB, Korporal Haizul Rani Metussin sedang bola sudah jauh, setelah dilayangkan kad kuning pertama pada minit ke-63.
Mujur MS ABDB gagal memanfaatkan kelebihan seorang pemain itu dalam tempoh masa 21 minit yang tersisa itu bahkan sebaliknya U-23 Negara pula berpeluang menambah jaringan pada minit ke-79 apabila Mohd Zulkhairy Razali mendapati dirinya hanya berdepan dengan Soldadu Md Tarmizi di gawang MS ABDB, namun Soldadu Md Tarmizi menidakkannya.
Kejayaan U-23 Negara itu menjadikan perlawanan terakhir Kumpulan A berkenaan iaitu antara Indera SC dengan U-23 Negara pada lusa, Jumaat, 30 Ogos nanti di Padang dan Balapan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah (KSNHB) lebih menarik dan sebagai penentu kerana kedua-dua pasukan kini sama-sama memiliki 3 mata, 1 gol dan tanpa bolos.
Dalam perlawanan kedua Kumpulan ‘B’ di Padang dan Balapan, KSNHB, juga berlangsung malam ini, MS PDRB berjaya mengutip 3 mata penuh apabila menang 2-1 ke atas Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Bawah 19 Tahun Negara Brunei Darussalam (U-19).
Dalam perlawanan terakhir Kumpulan B pada malam 30 Ogos nanti di Kompleks Sukan Berakas, U-19 Negara perlu menang besar ke atas LLRC FT yang telah menjinakkan MS PDRB 4-0 dua malam yang lalu, jika mahu mengintai peluang bermain di perlawanan akhir pada 1 September di Stadium Negara Hassanal Bolkiah.
Perlawanan merupakan kejohanan anjuran Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan kerjasama NFABD, yang tujuan utamanya membantu Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Brunei Darussalam Bawah 23 Tahun (U-23) membuat persiapan bagi Sukan Asia Tenggara (SEA) 2013 nanti.

No comments:
Post a Comment