Monday, April 28, 2014

QAF FC menang besar


Oleh Hasrulraizan

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 April – Mardi Mirza Abdullah Bujang menerajui kebangkitan QAF FC dengan menjaringkan dua gol setelah QAF FC ketinggalan 0-1 kepada Kilanas FC seawal minit ketujuh perlawanan.

Pada perlawanan di Balapan & Padang, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah malam tadi berkenaan, Kilanas FC bermula cemerlang apabila mendahului 1-0 menerusi jaringan Abdul Qohaar @ Isa Ibrahim pada minit ketujuh.

Pertemuan kedua bagi kedua-dua pasukan dalam kancah Liga Super DST-NFABD musim ini selepas pusingan pertama dimenangi QAF FC dengan jaringan besar 6-1 itu nyatanya berbeza, memperlihatkan Kilanas FC yang lebih teratur permainannya dengan kawalan dan hantaran bola yang lebih berkesan.

 http://mediapermata.brunei-online.com/wp-content/uploads/2014/04/P22_2_20140428.jpg

Penjaring dua gol QAF FC, Mardi Mirza (tengah) dikelilingi beberapa pemain Kilanas FC termasuk penjaring tunggalnya Abdul Qohaar @ Isa (depan Mardi Mirza).

QAF FC mendapatkan gol penyamaannya pada minit ke-26 menerusi ketua pasukannya yang kreatif, Mardi Mirza Abdullah Bujang, bagi merubah kedudukan kepada 1-1.

Gol itu menambah semangat para pemain QAF FC dan dua-belas minit kemudian QAF FC pula berada di depan, dan adalah tidak mengejutkan apabila jaringan itu turut dihasilkan oleh pemain Jersi 2 QAF FC, Mardi Mirza.

Kedudukan 2-1 berpihak kepada QAF FC itu bukan saja kekal sehingga separuh masa pertama berakhir tetapi kekal sehingga perlawanan tamat kerana kedua-dua pasukan gagal menambah jaringan masing-masing lagi di separuh masa kedua itu.

Kemenangan itu membolehkan QAF FC menyamakan pungutan mata dengan LLRC FT di tangga keenam dengan 12 mata, namun walaupun menjaringkan lebih banyak gol berbanding LLRC FT, LLRC FT berada di atas berdasarkan perbezaan gol yang lebih baik.

Manakala Kilanas FC yang sama seperti QAF FC, sudah bermain sepuluh kali, kekal di tangga kelapan dengan enam mata.

No comments:

Post a Comment