Monday, April 14, 2014

Wijaya benam MS PDB


Oleh Hasrulraizan

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 April – Abang Md Fakhri Abang Jaludin Wijaya FC menjaringkan gol pada penghujung masa kecederaan iaitu minit ke-90+3 untuk memberikan kemenangan memberikan kejutan kepada Majlis Sukan (MS) Polis Diraja Brunei (PDB).
 
Kemenangan 2-1 ke atas pasukan di tangga kedua Liga Super pada perlawanan di Kompleks Sukan Berakas itu cukup untuk memulihkan kempen liga Wijaya FC yang goyah, lebih-lebih lagi selepas dimalukan 0-5 oleh peneraju liga Indera SC minggu lalu. MS PDB kelihatan memenangi perlawanan malam tadi itu apabila mendahului pada minit ke-15 menerusi jaringan Lans Korporal 4628 Jasriman Haji Johari, yang mendada bola di dalam kotak Wijaya selepas menerima hantaran menerusi tandukan Md Bohari Md Hasan.
 http://mediapermata.brunei-online.com/wp-content/uploads/2014/04/PAGE22_1404023207132.jpg

Pemain MS PDB (kiri) dengan Wijaya bersaing untuk mendapatkan bola dalam perlawanan di Kompleks Sukan Berakas semalam.

Awangku Anaqi Sufi Pengiran Omar Baqi yang sering menguji pertahanan MS PDB dengan gerakan lincah berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-33, menendang mudah bola yang datang ke kakinya dari tepisan penjaga gawang MS PDB selepas menyelamatkan percubaan kencang ketua pasukan Wijaya Marhazif Ahad.

Kedudukan 1-1 kekal sehingga babak pertama berakhir dan hampir menjadi keputusan muktamad sehinggalah jaringan pemain gantian Abang Md Fakhri pada masa kecederaan dan para pemain MS PDB, berputih mata untuk membawa pulang sekurang-kurangnya 1 mata.

Dengan itu, Wijaya FC kini mengumpul 10 mata bagi merebut tangga keenam dari QAF FC (9 mata), sementara MS PDB kekal di tempat kedua dengan 15 mata, dengan Indera yang menang 2-0 ke atas MS ABDB di Padang & Balapan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah malam tadi juga kukuh di tangga teratas dengan 19 mata, manakala MS ABDB menetap di tempat keempat dengan 12 mata.

No comments:

Post a Comment