Tuesday, May 27, 2014

QAF FC, LLRC FT berkongsi mata lagi


Oleh Hasrulraizan

TUTONG, 26 Mei – QAF FC dan LLRC FT sekali lagi mencatat keputusan seri 2-2 dalam pertemuan antara keduanya dalam aksi pusingan kedua Liga Super DST-NFABD 2014 setelah mencatat keputusan sama pada pusingan pertama 10 Mac 2014 yang lalu.

Md Ghazi bin Haji Ismawi mengejutkan QAF FC apabila sudah menggegar gawang QAF FC pada minit kelima, namun di sebalik gol awal itu, keputusan 1-0 itu tidak berubah sehingga separuh masa pertama berakhir.

Pada perlawanan di Kompleks SukanTutong itu, QAF FC bermula baik di separuh masa kedua apabila Micky Anak Gendi bijak menggunakan peluang untuk menyamakan kedudukan 1-1 tatkala babak kedua baru bermula tujuh minit.

Jaringan itu menambah rancakkan lagi perlawanan dengan kedua-dua pasukan berbalas-balas serangan mencari gol kemenangan, dan sembilan minit selepas jaringan penyamaan itu, LLRC FT kembali di depan menerusi jaringan Md Hakeem bin Keri.

 http://mediapermata.brunei-online.com/wp-content/uploads/2014/05/PAGE21_2705023207907.jpg

Gol Hardi pada minit ke-74 memuktamadkan keputusan seri 2-2 dengan LLRC FT untuk sekadar berkongsi satu mata.

Walaubagaimanapun QAF FC terus berjuang tidak mahu mengaku kalah dan sebagaimana pada pusingan pertama yang lalu, QAF FC sekali lagi bangkit untuk menyamakan kedudukan, kali ini hasil sumbangan Hardi Anak Bujang pada minit ke-74.

Sekalipun masih berbaki 16 minit sebelum perlawanan tamat, kedudukan 2-2 itu kekal sehingga pengadil meniupkan wisel penamat sekali gus menyebabkan mereka terpaksa berpuas hati dengan kutipan satu mata.

LLRC FT terlepas peluang memintas dua pasukan teratas Liga Super DST-NFABD 2014 apabila berjaya diikat 2-2 oleh QAF FC dalam satu-satunya perlawanan Liga Super DST-NFABD 2014 malam ini.

Keputusan seri itu merupakan keputusan seri ketiga berturut-turut buat LLRC FT bermula dengan catatan seri 2-2 dengan MS PDB pada 16 Mei, kemudian seri 3-3 dengan Kilanas FC pada 19 Mei dan terbaru seri 2-2 dengan QAF FC pada 23 Mei.

Kedua-dua buah pasukan sudah melalui 13 perlawanan dan setakat ini LLRC FT kekal di tangga keenam dengan 18 mata, manakala QAF FC empat mata di belakangnya di tempat ketujuh.

No comments:

Post a Comment