Wednesday, May 21, 2014

Skuad LLRC tambat MS PDB

Oleh Hasrulraizan

TUTONG, 19 Mei – LLRC FT berjaya mengikat MS PDB 2-2 di Kompleks Sukan Tutong sekali gus menyebabkan MS PDB terlepas peluang merampas kedudukan kedua Liga Super DST-NFABD 2014 daripada MS ABDB.

Dalam pertarungan sengit berkenaan, APO 6712 Md Syarafuddin Hamdi bin Haji Talib membawa MS PDB ke depan seawal minit ke-4, namun kedudukan terikat 1-1 pada minit ke-29 apabila Md Hakeem bin Keri menjaringkan gol buat LLRC FT, dan kedudukan 1-1 tidak berubah sehingga separuh masa pertama berakhir,

Pada separuh masa kedua, Md Hakeem menyumbangkan satu gol lagi buat LLRC FT pada minit ke-79, namun tatkala menjangkakan gol itu sudah cukup untuk memberi LLRC FT tiga mata, PC 5981 Md Nazirul bin Arsat menyelamatkan satu mata buat MS PDB dengan jaringan penyamaannya pada minit ke-84.
 http://mediapermata.brunei-online.com/wp-content/uploads/2014/05/PAGE22_20140520_A.jpg

LLRC FT berjaya mengikat MS PDB 2-2 dalam aksi Liga Super DST-NFABD di Kompleks Sukan Tutong, semalam.

Walaupun MS PDB mengumpul mata yang sama dengan MS ABDB, 22 mata, MS ABDB yang baru bermain 11 kali berada di atas dengan kelebihan perbezaan jaringan (+14) berbanding +9 bagi MS PDB yang sudah bermain 12 kali.

Keputusan seri itu juga menyebabkan LLRC FT gagal memperbaiki kedudukannya tetapi sekadar kekal di tangga keenam dengan 16 mata, satu mata di belakang Wijaya FC di tangga kelima dan empat mata di belakang Najip FC di tangga keempat.

Walaubagaimanapun LLRC FT mempunyai kelebihan kerana baru bermain 10 kali berbanding 13 kali buat Wijaya FC dan 11 kali bagi Najip FC.

No comments:

Post a Comment