Tuesday, September 1, 2015

Lun Bawang tambah derita Indera SC

Oleh Hasrulraizan

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Ogos – Indera SC keciciran mata lagi selepas dikejutkan oleh juara Liga Perdana DST musim lalu, Lun Bawang, yang kini menghuni tangga kesembilan Liga Super DST dengan jaringan 2-0.

Jaringan pertama Lun Bawang hadir pada separuh masa pertama menerusi sepakan penalti Zaimi bin Awat pada minit ke-35, manakala gol keduanya tercipta pada minit ke-83 yang dijaringkan oleh Petrus bin Jumat.

Satu gol pada setiap separuh masa pada perlawanan di Stadium Negara Hassanal Bolkiah kelmarin berjaya membantu Lun Bawang menamatkan pusingan pertama Liga Super DST dengan tujuh mata, hanya dua mata di belakang IKLS FC dan satu mata di belakang MS PDB, yang masing-masing menghuni tangga ketujuh dan kelapan liga.
Penjaga gol Lun Bawang menepis sepakan Sam Prank dari Indera SC (kuning) dalam aksi Liga Super kelmarin.
Penjaga gol Lun Bawang menepis sepakan Sam Prank 
dari Indera SC (kuning) dalam aksi Liga Super kelmarin.
Kekalahan kedua daripada sembilan perlawanan itu menghambat harapan Indera SC untuk mencatat kejuaraan Liga Super tiga kali berturut-turut, selepas pasukan juara musim lalu itu turut tercicir mata apabila seri 0-0 dengan Wijaya FC dan tewas 1-2 kepada pendahulu liga, MS ABDB, yang sudah mengumpul 24 mata.

Walaupun tewas, Indera SC kekal di tangga kedua dengan 19 mata, satu mata di depan Najip i-Team di tangga ketiga, dan dua mata di depan Wijaya FC yang berada di tempat keempat.

Tebuan Muda (17 jaringan & 10 bolos) dan Jerudong FC (20 jaringan & 19 bolos), masing-masing mengumpul 14 mata di kedudukan kelima dan keenam. Kedudukan terbawah liga dihuni Kilanas FC yang tewas kesemua sembilan perlawanan pusingan pertama.

1 comment:

  1. Come down to the bottom of the search list but your you know you got to come up with like really unique ideas that have been done before and this back to the matter is it’s getting Omorfirx harder and harder to find those kinds of things that haven't been done but don't think that you on don't think that you're not like as goudas somebody with like two million.

    http://eyeluminousfacts.com/omorfirx/

    ReplyDelete