Tuesday, January 9, 2018

Piala FA DST semakin mencabar


Oleh Mohamad Asyramisyanie

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Jan – Sebanyak enam perlawanan akan berlangsung dalam Piala FA Brunei DST 2017 yang kini memasuki pusingan kedua yang akan berlangsung pada 9, 10, 12 dan 14 Januari ini. Manakala satu lagi perlawanan yang ditunda sebelum ini di antara Pasukan Najip i-Team dan Pasukan Kasuka FC akan diumumkan nanti.
Pada perlawanan 10 Januari nanti, Pasukan Wijaya FC akan bertemu dengan Pasukan BSRC FT, sementara Pasukan Menglait FC akan berhadapan dengan Pasukan DSP United.
Pasukan Majlis Sukan Polis Diraja Brunei (MS PDB) pula akan berhadapan dengan Pasukan Kota Rangers FC pada 12 Januari nanti, di mana pemenangnya bakal menentang Pasukan Tabuan Muda A (B18) di peringkat suku akhir.
Pasukan Tabuan Muda B pula akan berdepan dengan pendahulu Liga Super Brunei DST 2018 setakat ini iaitu Pasukan MS ABDB pada 14 Januari nanti.
Manakala pada 16 Januari nanti pula akan menyaksikan Pasukan Indera SC bakal bertemu dengan Pasukan IKLS FC dan pemenang bagi perlawanan itu bakal bertemu dengan Pasukan Jerudong FC di suku akhir.

Antara aksi di dalam Piala FA Brunei DST 2017 baru-baru ini. Gambar oleh Hasrulraizan

No comments:

Post a Comment