Saturday, March 7, 2020

MS ABDB, Wijaya FC terikat 1-1

Oleh Fadhil Yunus
BANDAR SERI BEGAWAN, 6 MAC – Juara bertahan MS ABDB terikat seri 1-1 menentang Wijaya FC dalam persaingan sengit perlawanan Liga Super Brunei yang berlangsung di Kompleks Sukan Berakas hari ini.
Penyerang MS ABDB, Fadhli Haji Salleh yang telah menjaringkan empat gol dalam dua perlawanan liga musim ini berjaya melakukan jaringan pembukaan di minit ke-14 perlawanan tetapi pemain baharu Wijaya, Brian Lim Yong Song menyamakan kedudukan dengan gol pertamanya untuk kelab di minit ke-27.
MS ABDB memiliki beberapa peluang baik setelah percubaan pertama daripada Fadhli dengan tendangan voli namun percubaannya tersasar.
Walau bagaimanapun, selepas peluang itu, beliau berjaya menjaringkan gol pendahuluan buat pasukannya menerusi rembatan yang berjaya melepasi penjaga gawang Wijaya FC, Awangku Ashraf bin Pengiran Haledi.
Pemain berpengalaman dari Wijaya, Afindi Yati bin Tuah melakukan beberapa ancaman di bahagian kiri dengan melakukan percubaan dari jarak jauh namun turut tersasar.
Wijaya FC kembali bangkit selepas berjaya menyamakan kedudukan apabila Brian Lim melakukan sentuhan yang sempurna sebelum membuat rembatan tajam ke sudut bawah gawang.
Afindi sekali lagi menghasilkan percubaan baik namun berjaya diselamatkan penjaga gol MS ABDB, Tarmizi bin Haji Mat Johari, yang membuat penampilan pertamanya di liga musim ini.
Pemain utama Wijaya, Jamrin Johari melakukan hantaran lintang kemas ke dalam kotak mencari Abi Syarilizam Sabtu dan membuat tandukan namun berjaya diselamatkan Tarmizi.
Tatkala kedua-dua pasukan sedang mencari peluang untuk memenangi perlawanan pada separuh masa kedua perlawanan, MS ABDB telah diberikan sepakan percuma tetapi percubaan Awangku Ashraf berjaya dihalang.

Antara aksi pemain Wijaya FC dan MS ABDB ketika merebut bola semasa perlawanan Liga Super Brunei yang berlangsung di Kompleks Sukan Berakas.

1 comment:

  1. Do you need Finance? Are you looking for Finance? Are you looking for finance to enlarge your business? We help individuals and companies to obtain finance for business expanding and to setup a new business ranging any amount. Get finance at affordable interest rate of 3%, Do you need this finance for business and to clear your bills? Then send us an email now for more information contact us now via (financialserviceoffer876@gmail.com) whats-App +918929509036 Dr James Eric Finance Pvt Ltd Thanks

    ReplyDelete