Friday, April 8, 2016

MS ABDB menang besar

Oleh Hasrulraizan

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 April – MS ABDB menang besar 4-0 ke atas Tabuan U-21, manakala Wijaya FC bangkit selepas ketinggalan untuk menang 3-2 ke atas Kota Ranger FC dan MS PDB pula berjaya mengikat Najip I-Team 1-1 dalam aksi minggu keempat Liga Super Brunei DST 2016.
Mohd Yusri bin Suhaili meledakkan gol pertama MS ABDB pada minit ke-26 disusuli dengan sepakan penalti Mohd Mazazizi bin Mazlan yang menerjah gawang Tabuan U-21 pada minit ke-35.
Mohd Mazazizi mendapat gol kedua peribadinya pada minit ke-74 untuk membawa MS ABDB terus di depan dengan 3-0. Abdul Azizi bin Ali Rahman kemdiannya sempat menjadikan kedudukan 4-0 pada masa kecederaan.
Perlawanan MS PDB dengan Najip I-Team menyaksikan babak pertama berakhir tanpa gol dan selepas rehat, MS PDB membuka jaringan pada minit ke-62 menerusi Awangku Mohd Aminuddin.
Muhd Faiz bin Farhan menyelamatkan satu mata buat Najip I-Team apabila menggegar gawang MS PDB pada minit ke-86 untuk selesai 1-1.
Wijaya FC bangkit untuk menang 3-2 ke atas Kota Ranger FC untuk kekal di tangga kedua Liga Super.
Wijaya FC bangkit untuk menang 3-2 ke atas Kota Ranger FC untuk kekal di tangga kedua Liga Super.
Wijaya FC pula berjaya menjaringkan tiga gol dalam tempoh lapan minit untuk bangkit selepas Kota Ranger FC membolosinya dua kali pada babak pertama.
Hairun membawa Kota Ranger FC di depan pada minit ke-16 sebelum giliran Abang Nor Sillmy pula mencatat namanya dalam senarai penjaring pada minit ke-38, sekali gus membawa Kota Ranger FC mendahului 2-0 sehingga rehat.
Kebangkitan Wijaya FC bermula dengan jaringan Jamrin pada minit ke-64, disusuli jaringan Abdul Hapiz dua minit kemudian dan gol kemenangan pada minit ke-71 oleh Abdul Azim, sekali gus memberinya tiga mata berharga melalui kemenangan 3-2.
MS ABDB pula melonjak ke puncak liga dari tempat ketiga dengan catatan 100 peratus kemenangan mengumpul sembilan mata dan tujuh gol tanpa bolos, sementara Wijaya FC mengukuhkan cengkamannya di tempat kedua, juga dengan sembilan mata, lapan gol dan empat bolos selepas empat permainan.
Tabuan U-21 pula jatuh dari tangga teratas ke tempat ketiga, kekal dengan enam mata selepas empat permainan, disusuli Najip I-Team di tempat keempat dengan lima mata dan MS PDB dengan empat mata di tempat kelima.
Indera SC yang baru bermain sekali di tempat keenam dengan tiga mata, disusuli Kota Ranger FC dan Kasuka FC yang juga mengumpul tiga mata. Lun Bawang di tempat kesembilan dengan satu mata, manakala Jerudong FC tanpa sebarang mata di tangga terbawah.

No comments:

Post a Comment