Sunday, April 3, 2016

Wijaya FC tumpaskan Kota Ranger, kutip 3 mata penuh

TUTONG, Sabtu, 2 April. - Pasukan Wijaya FC berjaya menumpaskan pasukan Kota Ranger FC dengan kemenangan dramatik yang berkesudahan 3-2 dalam Perlawanan Liga Super DST 2016, bertempat di Kompleks Sukan Tutong.

Pada separuh masa pertama perlawanan, pasukan Kota Ranger FC mampu mengawal permainan setelah mengejutkan pihak lawan dengan jaringan seawal minit ke-16 hasil sepakan Awang Md. Hairun Ikhwan bin Kusno.
Pasukan Kota Ranger FC terus mengasak pasukan Wijaya FC dengan menggandakan jaringan pada minit ke-38 melalui jaringan kapten pasukan, Awang Abang Nor Sillmy bin Abang Taha.
Kembali beraksi pada separuh masa kedua, semangat juang pasukan Wijaya FC menghangatkan perlawanan setelah berjaya menjaringkan gol pertama mereka hasil sepakan percuma Awang Jamrin bin Haji Johari pada minit ke-64.
020416 SYIAR2 BOLA
PERLAWANAN di antara pasukan Wijaya FC menentang pasukan Kota Ranger FC dalam Perlawanan Liga Super DST 2016 yang berlangsung di Kompleks Sukan Tutong.
Dua minit kemudian, Wijaya FC berjaya menyamakan jaringan 2-2 menerusi jaringan Awang Abdul Hapiz bin Azmin.
Penyudah yang cantik pada minit ke-71 daripada pemain berjersi 10, pasukan Wijaya FC, Awang Abdul Hazim bin Abdul Rasid melengkapkan kemenangan pasukan tersebut.
Dengan kemenangan itu, Wijaya FC berjaya mengutip 3 mata penuh untuk menaikkan kedudukan pasukan tersebut di persada liga.
Pada perlawanan lain yang berlangsung Kompleks Balapan dan Padang Berakas, pasukan Majlis Sukan Polis Diraja Brunei (MS PDB) menentang pasukan Najip I-Team berkesudahan seri 1-1, menerusi jaringan Awangku Md. Amiruddin dari pasukan MS PDB dan Muhd. Faiz Farhan dari pasukan Najip I-Team.

No comments:

Post a Comment