Monday, May 12, 2014

Najip FC benam QAF 2-1


Oleh Hasrulraizan

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Mei – Najip FC kembali ke landasan betul bagi terus bersaing mendapatkan kedudukan tiga teratas Liga Super DST-NFABD apabila menang 2-1 ke atas QAF FC malam tadi dalam perlawanan pusingan kedua setelah perlawanan pusingan pertama antara keduanya berkesudahan 1-1.

Walaupun QAF FC mendahului 1-0 pada minit ke-30 menerusi sepakan penalti yang berjaya disempurnakan oleh Hardi Anak Bujang, kecuaian pertahanan QAF FC seminit kemudian membolehkan Najip FC mengikat kedudukan menjadi 1-1 hasil rembatan Abang Nor Sillmy bin Abang Haji Taha.

Kedudukan 1-1 kekal sehingga rehat, dan selepas rehat serangan bahaya lebih tertumpu di kawasan QAF FC, dengan mereka sesekali melakukan serangan balas pantas, namun kedua-dua pasukan masih gagal mendapatkan gol tambahan.
 http://mediapermata.brunei-online.com/wp-content/uploads/2014/05/PAGE20-FC_1205023126966.jpg

Pemain QAF FC, Md Hafis sedang membawa bola semasa perlawanan menentang Najip FC malam tadi.

Dua puluh minit berlalu di separuh masa kedua, Najip FC tidak menjangka akan memperoleh jaringan kedua dari pemainnya apabila Micky Anak Gendi yang cuba membuat tendangan clearance dari sepakan percuma Noor Raimi bin Karim @ Syahremy sebaliknya menyaksikan bolanya menerjah gawang sendiri.

Baki 25 minit babak kedua menyaksikan tiada jaringan dihasilkan dan kedudukan kekal 2-1 berpihak kepada Najip FC, sekali gus memberinya tiga mata penuh.

Dengan tambahan tiga mata dari perlawanan di Kompleks Sukan Berakas malam tadi berkenaan, Najip FC kini mengumpul 20 mata dari 11 perlawanan, enam mata di belakang pendahulu Liga Super, Indera SC, yang sudah bermain 10 kali.

Mengekori rapat di belakangnya ialah MS ABDB (19 mata dari 10 perlawanan) dan MS PDB (18 mata dari 10 perlawanan) dan Wijaya FC (17 mata dari 13 mata selepas menang 2-1 ke atas Jerudong FC malam tadi).

QAF FC pula kekal dengan 13 mata di tangga ketujuh selepas melalui 12 perlawanan, dua mata di belakang LLRC FT yang mengumpul 15 mata dari 9 perlawanan, dan empat mata di depan pasukan di kedudukan kelapan, Kilanas FC, yang sudah bermain 12 kali.

No comments:

Post a Comment