Tuesday, June 10, 2014

MS ABDB menang 2-1


BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Jun – MS ABDB terselamat dari kebangkitan lewat Kilanas FC untuk mencatatkan kemenangan berharga 2-1 sekaligus meraih tiga mata lagi untuk terus mengejar Indera SC di persada Liga Super DST-NFABD 2014.

Kemenangannya di Kompleks Sukan Berakas malam tadi itu membolehkannya mengumpul 34 mata dari 15 permainan, satu mata di belakang Indera SC yang baru bermain 13 kali.

Md Khairuddin bin Abdul Kadir membawa MS ABDB ke depan empat minit sebelum rehat untuk MS ABDB menamatkan separuh masa pertama dengan pendahuluan 1-0, sebelum Soldadu Md Baharin bin Hamidon menjadikan kedudukan 2-0 di babak kedua pada minit ke-62.

Ketika perlawanan nampak akan menjadi kemenangan rutin buat MS ABDB, Kilanas FC mencemaskan pihak pengurusan dan para pemain MS ABDB apabila Md Nor Aliffullah bin Haji Zaini mencantas pendahuluan MS ABDB kepada satu gol saja menerusi jaringannya pada minit ke-81.

Sembilan minit terakhir perlawanan bagai suatu masa yang lama buat MS ABDB sebelum mampu menarik nafas lega apabila pengadil perlawanan meniupkan wisel penamat dengan kemenangan berpihak kepadanya walau sekadar tipis 2-1, tetapi tetap cukup untuknya meneruskan usaha mengejar Indera SC.

 http://mediapermata.brunei-online.com/wp-content/uploads/2014/06/PAGE21_1006023142826.jpg


Md Khairuddin (16) dan Md Baharin (8) masing-masing menyumbangkan 1 gol dalam kemenangan 2-1 MS ABDB ke atas Kilanas FC.

Tewas buat kali kedua-belas musim ini mengekalkan Kilanas FC dengan 10 mata dari 16 permainan, masih di kedudukan kelapan Liga Super, hanya tiga mata di depan Jerudong FC di tangga kesembilan, yang baru bermain 12 kali. Hasrulraizan

No comments:

Post a Comment