Tuesday, January 30, 2018

Tabuan Muda in the hunt for a top 6 finish

|     Fadhil Yunus     |

TABUAN Muda ‘A’ remained in firm contention for a top-six finish in the DST Super League despite a 3-3 draw with Lun Bawang FC at the Batu Apoi Sports Complex in the Temburong district last weekend.
The Temburong-based outfit’s fate of finishing in the top six are now out of their hands after completing their season and now faced the danger of being eclipsed by Tabuan Muda ‘A’ and MS PDB, who dropped to eighth in the table.
Tabuan, who pulled a good run of games, can seal a top six place if they win any of their last two matches while only three points would do for the police personnel who also hope that the national development side slip up.
Md Nazif Safwan bin Jaini provided the breakthrough for Tabuan in the 14th minute before Md Hanif Farhan bin Azman doubled his side’s lead in the 26th minute.
Christopher Anak Ambun reduced the deficit for the home side in the 29th minute but visiting captain Md Wafi bin Aminuddin restored his side’s two-goal cushion.
However, the hosts had other ideas as Mohd Ehsan bin Haji Moksin handed his side a lifeline in the 72nd minute before Christopher completed the comeback two minutes later.
With the positioning of the bottom three teams confirmed and Kasuka FC all but cementing fourth place, there is the pride of finishing in sixth place to play for.
But, nothing compares to the race to the title between defending champions MS ABDB and challengers Kota Ranger FC who are looking to go down the wire.
If Kota Ranger win all their remaining matches, they will go top leaving the army personnel needing a win in their last game of the season fittingly against their eternal rivals Indera SC.

Lun Bawang FC ikat Tabuan Muda ‘A’

Oleh Mohamad Asyramisyanie

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Jan – Chistopher muncul wira bagi Pasukan Lun Bawang FC apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-74 ketika pasukan itu terikat dengan keputusan seri 3-3 menentang Pasukan Tabuan Muda ‘A’ dalam perlawanan Liga Super DST 2017 pada petang kelmarin.
Perlawanan yang berlangsung di Kompleks Sukan Batu Apoi, Temburong itu, menyaksikan Lun Bawang FC mengutip satu mata berharga bagi pasukan tuan rumah yang jarang sekali tumpas ditempat sendiri.
Gol pembuka tirai dalam perlawanan itu dijaringkan oleh pemain Tabuan Muda ‘A’, Awang Mohd Nazif Safwan pada minit ke-14, sebelum ditambah oleh rakan sepasukannya, Awang Mohd Hanif Farhan pada minit ke-26 menjadikan kedudukan 2-0 bagi Pasukan Tabuan Muda ‘A’.
Christopher menjaringkan gol pada minit ke-30 bagi Pasukan Lun Bawang FC yang cuba merapatkan kedudukan 2-1 sehingga tamat separuh masa pertama.
Manakala, dalam separuh masa kedua pula menyaksikan aksi perlawanan bertambah semakin rancak. Awang Mohd Wafi berjaya menjaringkan gol buat Tabuan Muda ‘A’ pada minit ke-53 dan menambahkan lagi tekanan kepada Pasukan Lun Bawang FC yang ketinggalan 3-1.
Namun, Lun Bawang FC berjaya memecahkan kebuntuan apabila jaringan daripada Awang Mohd Ehsan pada minit ke-72 dan Christopher yang menjaringkan dua minit selepas itu menyamakan kedudukan 3-3 hingga tamat perlawanan.
Dalam aksi perlawanan lain pula menyaksikan Pasukan Jerudong FC menang 3-1 ke atas Pasukan Menglait FC pada perlawanan yang berlangsung di Kompleks Sukan Berakas pada Sabtu lalu.
Gol-gol Pasukan Jerudong FC dijaringkan oleh Awang Mudzaffar Al-Arif bin Haji Abdul Rafae’a pada minit ke-57, Awang Asnawi Syaznin bin Abdul Aziz pada minit ke-74, sebelum di tambah oleh Awang Mohd Uzaiz bin Zaini pada minit ke-85.
Manakala, gol tunggal bagi Pasukan Menglait dijaringkan oleh Awang Khalid Wassadi Salleh bin Haji Mahmud pada minit ke-7.
Sementara itu, perlawanan antara Majlis Sukan Polis Diraja Brunei (MS PDB) menentang Kota Rangers FC dan Wijaya FC menentang Indera SC ditunda baru-baru ini kerana kondisi pedang yang becak.

Sunday, January 28, 2018

Menglait finish season second from bottom


|     Fadhil Yunus     |
MENGLAIT FC failed to move out of second from bottom in the DST Super League after they were defeated 3-1 by basement dwellers Jerudong FC at the Berakas Sports Complex last night.
Menglait, who were promoted to Brunei’s top flight in the 2016 season, needed a victory to climb above Najip who would have been sweating over developments in Berakas.
Menglait swapped places with ninth-placed Najip after Khalid Wassadi Salleh Haji Mahmud scored the opener in the 7th minute.
However, they were dragged to where they started before the match after Mudzaffar Al-Arif bin Haji Abdur Rafae’a restored parity in the 57th minute.
Jerudong FC, playing for pride, took the lead after Asnawi Syaznin bin Abd Aziz found the back of the net in the 68th minute.
At this stage, Menglait needed two goals as they looked to move out of second from bottom but their fate were sealed after Md Uzaiz bin Zaini provided the killer blow for Jerudong in the 85th minute.
Jerudong and Menglait may be meeting each other again next season after the former delivered what could prove one of the decisive results of the campaign.
The DST Super League continues with Lun Bawang taking on Tabuan Muda ‘A’ at the Batu Apoi Sports Complex in the Temburong district today.
Tabuan Muda could leapfrog into sixth place with a win while Lun Bawang could move four points clear over them if they take all three points.

Menglait FC team members in a group photo. – NFABD

Tuesday, January 23, 2018

Kota Ranger keep Super League title hopes alive


|     Fadhil Yunus     |
KOTA Ranger FC kept their slim hopes of winning the DST Super League title alive after trouncing Wijaya FC 4-0 at the Berakas Sports Complex on Sunday night.
The remaining title contender other than frontrunners MS ABDB registered their 14th victory of the season to take them within four points of the army personnel with a game in hand.
MS ABDB currently lie top of the table with 49 points while Kota Ranger are taking big steps of catching them with 45 points.
The first half ended goalless with Kota Ranger left frustrated but Md Faiz Farhan bin Kamat calmed their nerves with the opening goal of the game in the 51st minute.
Abu Suffian bin Haji Adanan doubled his side’s lead in the 53rd minute while Md Amalul Ariffin Shah bin Said was also on the score-sheet in the 56th minute.
Abu Suffian added gloss to the win with his second of the game in the 76th minute.



Kota Ranger FC players in a group photo. – NFABD

Second-placed Kota Ranger must beat MS PDB, whose game on January 7 was postponed, to remain in contention for the title heading to the last day of the season.
MS ABDB, who are gunning for a third successive Super League title, will be crowned champions if they beat Indera SC in their last game of the season.
In other news, Indera SC, who are already guaranteed third spot, were held to a 2-2 draw by Lun Bawang FC.
Tabuan Muda also kept their hopes of a top-six finish alive after beating basement dwellers Jerudong FC 5-0.
Tabuan Muda’s first opportunity to do so will be against fourth-placed Kasuka at the Tutong Sports Complex tomorrow.
On the other hand, Kasuka can seal a top-four finish if they take all three points.

Kota Ranger menang bergaya


Oleh Mohamad Asyramisyanie

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Jan – Kota Ranger menang bergaya setelah berjaya mengalahkan Wijaya FC dengan jaringan 4-0 dalam perlawanan Liga Super DST 2017 yang berlangsung di Padang Kompleks Sukan Berakas pada malam kelmarin.
Gol pertama Kota Ranger dijaringkan oleh Awang Mohd Faiz pada minit ke-51, sebelum Awang Abu Suffian menjaringkan gol kedua pada minit ke-53 untuk menjadikan kedudukan 2-0. Belum lama selepas itu, Kota Ranger sekali lagi berjaya menjaringkan gol menerusi jaringan Awang Mohd Amalul pada minit ke-56.
Manakala gol terakhir Kota Ranger muncul pada minit ke-76 dijaringkan oleh Awang Abu Suffian sekali gus membawa Kota Ranger kemenangan 4-0 hingga akhir perlawanan tersebut.
Dengan kemenangan itu, Kota Ranger kini terus berada di tempat kedua memberikan tekanan kepada pendahulu liga Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MS ABDB), manakala Indera SC pula berada di tempat ketiga.
Sebelum perlawanan semalam berlangsung, minggu lalu dua perlawanan Liga Super DST 2017 diadakan antara pasukan Majlis Sukan Polis Diraja Brunei (MS PDB) menentang Kasuka FC dan Jerudong FC menentang Tabuan Muda A.

Kota Rangers FC (jersi merah) menang 4-0 ke atas Wijaya FC dalam aksi Liga Super DST malam kelmarin. – Gambar oleh Hasrulraizan

Dalam perlawanan yang berlangsung di Kompleks Padang dan Balapan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, MS PDB terpaksa akur berkongsi mata selepas seri 2-2 dengan Kasuka FC.
Gol pertama dalam perlawanan itu dijaringkan oleh Awang Fakhrol Tamimi bin Haji Sahari untuk MS PDB seawal minit ke-7 perlawanan. Bagaimanapun, pada minit ke-31, Kasuka FC berjaya menyamakan kedudukan melalui jaringan Haji Shariful Bahrin bin Haji Zainal.
Kedudukan itu tidak kekal lama apabila selang lapan minit kemudian, MS PDB berjaya menjaringkan gol melalui jaringan Awang Mohd Forish Aryan bin Abdul Rahman menjadikan kedudukan 2-1 sehingga tamat separuh masa pertama.
Pada separuh masa kedua, Awang Mohd Nazri berjaya menjaringkan gol untuk Kasuka FC pada minit ke-58 sekali gus menyamakan kedudukan seri 2-2 sehingga tamat perlawanan.
Manakala dalam perlawanan lain yang berlangsung di Kompleks Sukan Berakas, Tabuan Muda A berjaya mengalahkan Jerudong FC dengan jaringan 5-0 pada perlawanan Sabtu lalu.

Sunday, January 21, 2018

MS PDB held by Kasuka in DST Super League clash


|     Fadhil Yunus     |
MS PDB were held to a 2-2 draw by Kasuka FC in an enthralling encounter in the DST Super League recently.
The police personnel grabbed the lead from the run of play after forward Fakhrol Tamimi bin Haji Sahari struck in the 7th minute.
However, Kasuka levelled matters through Haji Shariful Bahrin bin Haji Zainal.
Md Forish Aryan bin Abdul Rahman helped MS PDB regain the lead in the 39th minute but Md Nazri bin Haji Hassan ensured that the spoils are shared two minutes shy of the hour mark.

ABOVE & BELOW: MS PDB and Kasuka FC team pose in a group photo prior to their match. – PHOTOS: NFABD

Tuesday, January 16, 2018

MS ABDB through to FA Cup quarters

|     Fadhil Yunus     |
MS ABDB reached the quarter-finals of the DST FA Cup after a comfortable 4-2 victory over Tebuan Muda ‘A’ at the Berakas Sports Complex last weekend.
Adey Shariduan bin Haji Johari gave the army personnel the lead in the 7th minute before Md Yusof Md Yunos doubled his side’s lead in the 26th minute.
Razimie Ramli made it 3-0 before Hirzi Zulfaqar bin Mahzan pulled one back for Tebuan Muda in the 80th minute.
Razimie grabbed his second of the game four minutes later before Md Nur Asyraffahmi bin Nor Samri scored a scant consolation in stoppage time.
The holders, who are in pole position to defend the DST Super League, will meet DSP United in the last eight.
MS ABDB players in a team photo. – NFABD

MS ABDB teruskan kemaraan

Oleh Mohamad Asyramisyanie

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Jan – Juara bertahan, Pasukan Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MS ABDB) meneruskan kemaraan di dalam Piala FA DST 2017 apabila mereka berjaya mengalahkan Pasukan Tabuan Muda A 4-2 dalam perlawanan di Kompleks Sukan Berakas semalam.
Gol pertama MS ABDB dijaringkan oleh Awang Adey Shariduan Hj Johari pada minit ketujuh perlawanan, sebelum jaringan kedua oleh Awang Mohd Yusof bin Mohd Yunos menjadikan jarak jaringan 2-0 pada separuh masa pertama perlawanan.
Dalam separuh masa kedua, MS ABDB mengawal permainan dan berjaya menjaringkan dua gol lagi yang disempurnakan oleh Awang Razimie bin Ramli pada minit ke-67 dan minit ke-84 perlawanan.
Tabuan Muda A cuba merapatkan kedudukan pada minit-minit akhir perlawanan melalui dua jaringan oleh Awang Hirzi Zulfaqar bin Mahzan dan Awang Mohd Nur Asyraffahmi bin Nor Samri. Namun, ia sudah terlambat dan jaringan 4-2 memihak kepada MS ABDB hingga tamat perlawanan.
Aksi Piala FA DST antara MS ABDB dengan Tabuan Muda A di Kompleks Sukan Berakas malam kelmarin. – Gambar oleh Hasrulraizan

Monday, January 15, 2018

Lun Bawang FC menang bergaya


Oleh Mohamad Asyramisyanie

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Jan – Lun Bawang FC menang bergaya menentang Menglait FC dengan jaringan 7-0 dalam perlawanan Liga Super DST 2017 di Kompleks Padang dan Balapan Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas petang tadi.
Gol Lun Bawang FC masing-masing dijaringkan oleh Christopher Ambun, Awang Mohd Ehsan bin Haji Moksin, Awang Rudy Afrie Reimy dan Rainney Lius, manakala Awang Amir Bujang pula membuat jaringan hatrik dalam perlawanan itu.
Manakala, dalam satu lagi perlawanan kelmarin menyaksikan Kasuka FC berjaya mengalahkan Wijaya FC dengan jaringan 3-1 di Kompleks Sukan Berakas.
Gol Kasuka FC dijaringkan oleh Awang Abdul Aziz bin Tamit, Awang Mohd Nazri dan Awang Mohd Mardi Mirza, manakala gol Saguhati Wijaya FC dijaringkan oleh Awang Mohd Ikmal Hakim.



Antara aksi Liga Super DST 2017, Kasuka FC lawan Wijaya FC malam kelmarin. – Gambar oleh Hasrulraizan

TABUAN MUDA 'A' vs MS ABDB MATCH FACT

DST FA CUP 2017


MATCH NO 1

SECOND ROUND

Match Report:-

The match held on Sunday 14 January 2018, 8.15pm @ KSB

The first eleven : Sld Tarmizi (GK), LCpl Yusri, LCpl Hj Yusof, Sgt Adey Shariduan, Sld Khairuddin, Sld Affandy (C) (LCpl Ak Safri), Sld Fadhli (Sld (U) Mazazizi), Sld Aliuddin (Sld Mohamad), LCpl Baharin (Sld Alizaidi), LCpl Yusof (Sld Azizi), Sld Razimie 

Subs: Sld Suhandi (GK), Sld Alizaidi, Sld Mohamad, LCpl Ak Safri, LCpl (U) Amir Ajmal, Sld (U) Mazazizi, Sld Azizi

Subs in: Sld (U) Mazazizi, Sld Azizi, Sld Mohamad, Sld Alizaidi, LCpl Ak Safri
Subs out: Sld Mohamad, LCpl Yusof, Sld Aliuddin, LCpl Baharin, Sld Affandy

Half Time Score: TABUAN MUDA 'A' (0) vs MS ABDB (2)

Full Time Score: TABUAN MUDA 'A' (2) vs MS ABDB (4) 

Goal: - Sgt Adey Shariduan (7'), LCpl Yusof (26'), Sld Razimie (67',84')

Yellow card: - Sld Fadhli (31')

Red card:  - 

MS ABDB Man of the Match : - 

Next match for DST FA CUP 2017 on Tuesday, 23 JAN 2018, @8.15pm against DSP UNITED at KST. (Subject to changes)

Friday, January 12, 2018

DSP book spot in FA Cup quarters



|     Fadhil Yunus     |

DSP United booked their berth in the quarter-finals of the DST FA Cup after seeing off Menglait FC in a 3-1 victory at the Tutong Sports Complex last Wednesday.
DSP took the lead after Menglait’s Khairul Azmi bin Mohammad scored an unfortunate own goal in the 38th goal before Md Hafiy bin Adnan doubled the lead in the 46th minute.
Md Haziq Kasyful Azim reduced arrears for the Super League side in the 49th minute but Arifubillah bin Masli came off the bench to restore a two-goal cushion in the 73rd minute.


DSP United team members in a group photo prior to the match against Menglait FC. – NFABD

The Premier League outfit came close to winning a promotion to the top flight last season but now have been presented with an opportunity to play either Super League runaway leaders MS ABDB or Tabuan Muda ‘A’ in the last eight.
Meanwhile, Wijaya FC cruised to a 5-1 victory over BSRC FT in the other second round match with Pengiran Anaqi Sufi Pengiran Haji Omar Baki on fire grabbing four goals. The other solitary effort came from Marhazif bin Ahad on the hour mark.
Khairul Asnijam bin Ahmad scored a consolation in the 64th minute for the Belait-based club.

2 pasukan mara suku akhir


Oleh Mohamad Asyramisyanie

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Jan – DSP United telah berjaya mengalahkan Menglait FC 3-1 dalam aksi perlawanan Piala FA DST 2018 yang berlangsung di padang Kompleks Sukan Tutong, semalam.
Gol pertama DSP United diterima melalui hasil gol sendiri pemain Menglait FC, Awang Khairul Azmi bin Mohammad, memberikan DSP United pendahuluan 1-0 pada minit ke-38.
DSP United sekali lagi menjaringkan gol seawal bermulanya babak kedua, disempurnakan oleh Awang Mohd Hafiy bin Adnan pada minit ke-46.
Dua minit selepas itu, Menglait FC cuba merapatkan kedudukan 2-1 melalui jaringan oleh Awang Mohd Haziq Kasyful Azim.
Namun, Awang Arifubullah bin Masli membuat jaringan terakhir DSP United pada minit ke-73 untuk memberikan DSP United kemenangan 3-1 ke atas Menglait FC hingga tamat perlawanan.

DSP United (jersi putih) dan Wijaya FC (jersi biru) bergambar sebelum perlawanan masing-masing baru-baru ini.

Sementara itu, satu lagi perlawanan Piala FA DST 2018 berlangsung antara Wijaya FC menentang BSRC FT pada Selasa lepas di tempat yang sama.
Dalam perlawanan itu, Wijaya FC menang bergaya 5-1 mengalahkan BSCR FT melalui empat gol dijaringkan oleh Pengiran Anaqi Sufi bin Pengiran Haji Omar dan satu gol lagi dijaringkan oleh Awang Marhazif bin Ahad.
Manakala gol sagu hati pasukan BSRC FT dijaringkan oleh Awang Khairul Asnijam bin Ahmad.
Dalam perlawanan itu juga menyaksikan dua kad merah dilayangkan kepada Haji Syahrul bin Suhaili (Wijaya FC) dan Awang Nurhazwan Khan bin Asmah Khan (BSRC FT) setelah kedua-dua mereka menerima kad kuning kedua dalam perlawanan itu. Sementara, Awang Marhazif bin Ahad (Wijaya FC) menerima kad kuning daripada pengadil perlawanan.
Melalui kemenangan itu kedua-dua pasukan, DSP United dan Wijaya FC telah melayakkan diri ke peringkat suku akhir Kejohanan Piala FA DST 2018.

Piala FA DST semakin mencabar


Oleh Mohamad Asyramisyanie

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Jan – Sebanyak enam perlawanan akan berlangsung dalam Piala FA Brunei DST 2017 yang kini memasuki pusingan kedua yang akan berlangsung pada 9, 10, 12 dan 14 Januari ini. Manakala satu lagi perlawanan yang ditunda sebelum ini di antara Pasukan Najip i-Team dan Pasukan Kasuka FC akan diumumkan nanti.
Pada perlawanan 10 Januari nanti, Pasukan Wijaya FC akan bertemu dengan Pasukan BSRC FT, sementara Pasukan Menglait FC akan berhadapan dengan Pasukan DSP United.
Pasukan Majlis Sukan Polis Diraja Brunei (MS PDB) pula akan berhadapan dengan Pasukan Kota Rangers FC pada 12 Januari nanti, di mana pemenangnya bakal menentang Pasukan Tabuan Muda A (B18) di peringkat suku akhir.
Pasukan Tabuan Muda B pula akan berdepan dengan pendahulu Liga Super Brunei DST 2018 setakat ini iaitu Pasukan MS ABDB pada 14 Januari nanti.
Manakala pada 16 Januari nanti pula akan menyaksikan Pasukan Indera SC bakal bertemu dengan Pasukan IKLS FC dan pemenang bagi perlawanan itu bakal bertemu dengan Pasukan Jerudong FC di suku akhir.

Antara aksi di dalam Piala FA Brunei DST 2017 baru-baru ini. Gambar oleh Hasrulraizan

Monday, January 8, 2018

Indera SC benam Tabuan Muda A

Oleh Mohamad Asyramisyanie

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Jan – Indera SC telah berjaya merapatkan lagi jurang mata setelah menang menentang pasukan Tabuan Muda A tempoh hari dan kini, pasukan itu berada di tempat ketiga Liga Super Brunei DST 2017 di belakang pasukan Kota Rangers FC yang kini berada di tempat kedua liga dengan perbezaan tiga mata.
Perlawanan di Kompleks Padang dan Balapan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas itu menyaksikan Awang Mohd Zulkhairy Razali merebut peluang seawal minit pertama itu dengan jaringan gol pertamanya, sebelum jaringan kedua disempurnakan oleh rakan sepasukannya Awang Mohd Asri Haji Aspar pada minit ke-30 perlawanan.
Awang Mohd Zulkhairy Razali sekali lagi menggegarkan gawang pasukan Tabuan Muda A pada minit ke-48 menjadikan kedudukan 3-0 kepada Indera SC dan sekali gus memastikan tiga mata penuh dihadiahkan kepada pasukannya itu.
Namun begitu, pengadil perlawanan terpaksa berhentikan perlawanan pada minit ke-86 disebabkan keadaan cuaca yang hujan lebat dan berpetir.
Manakala beberapa perlawanan hujung minggu ini juga tergendala ekoran padang becak dan tidak sesuai digunakan antaranya perlawanan Liga Super di antara Majlis Sukan Polis Diraja Brunei (MS PDB) menentang pasukan Kota Rangers FC dan satu lagi perlawanan Piala FA antara Najip FC menentang Kasuka FC.

Piala FA buka tirai 2018



Oleh Mohamad Asyramisyanie

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Jan – Piala FA Brunei DST membuka tirai bagi tahun 2018 ini dengan menyaksikan dua perlawanan iaitu antara Lun Bawang FC menentang Jerudong FC dan FC Setia Perdana menentang Tabuan A.
Hari ini menyaksikan perlawanan antara pasukan Lun Bawang FC menentang Jerudong FC di Kompleks Padang dan Balapan Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.
Gol pembuka tirai di jaringkan oleh Amir Anak Bujang pada minit ke-12 untuk Jerudong FC, sebelum Lun Bawang FC berjaya menyamakan kedudukan di minit ke-37 perlawanan oleh Awang Yansen Efendi, menjadikan kedudukan seri 1-1 sehingga tamat separuh masa pertama.
Pada minit ke-57 Jerudong FC berjaya menjaringkan gol melalui Awang Enddy Soeharfy bin Awang Safar, sebelum Amir Anak Bujang sekali lagi berjaya menjaringkan gol dua minit selepas itu bagi mengikat jaringan 2-2.

Pasukan Jerudong FC sebelum perlawanan di Kompleks Padang dan Balapan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah di Berakas di sini.

Namun pasukan Jerudong FC yang lebih tampak dominan di dalam perlawanan hari ini, menyaksikan Awang Abdul Aziz bin Hassan muncul wira untuk menjaringkan gol pada minit ke-84 dan sekaligus memastikan kemenangan bagi Jerudong FC ke atas Lun Bawang FC dengan jaring 3-2.
Manakala, perlawanan pada Jumaat lalu di Kompleks Sukan Berakas menyaksikan Setia Perdana terpaksa akur dengan kekalahan 2-0 di tangan Tabuan A. Jaringan gol daripada Awang Mohd Aminuddin bin Masri pada minit ke-10 dan Awang Nazhan bin Zulkifle pada minit ke-15 telah membawa Tabuan A meraih kemenangan.
Dalam perlawanan itu juga menyaksikan tiga pemain Setia Perdana dilayangkan kad merah antaranya Haji Rahimni bin Haji Pundut dan Awang Rusydi Said bin Abdullah Adak setelah mereka masing-masing meraih kad kuning kedua. Sementara itu Awang Roslan bin Haji Rosli pula dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan.