Search This Blog

Saturday, December 15, 2012

MS ABDB bermula garang



Oleh H J Rahim

Penjaga gol MS Polis berkerja keras ketika diasak pemain MS ABDB.

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Dis - Pasukan MS ABDB bermula garang ketika menewaskan pasukan MS Polis Diraja Brunei (PDB) 2-1 dalam perlawanan pembukaan Liga Super League DST 2012-2013 di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, malam ini.

MS ABDB yang berjaya menjulang Piala FA minggu lalu jelas tidak mahu pesta kegembiraan dicalarkan oleh pasukan MS PBD yang sudah bersedia memberi persaingan menarik dalam perlawanan pertama musim ini.

Sekalipun skuad MS PDB bagaikan 'menang sorak', pasukan itu lebih awal tersentak apabila gawang mereka dibolosi penyerang MS ABDB, SLD Budiman Jumaat dengan rembatan menarik dari luar kotak penalti untuk menewaskan penjaga gol PDB ketika perlawanan baru melalui minit pertama.

MS ABDB yang mempunyai kelebihan setiap sudut, bergerakan mereka mula dihidu lawan ketika MS PDB mula bangkit mengatur strategi untuk mencari jaringan penyamaan.

SLD Budiman sekali lagi membawa pasukan MS ABDB didepan apabila sentuhan menariknya gagal diselamatkan oleh penjaga gol MS PDB pada satu rembatan disudut gawang yang sukar pada minit ke-14 untuk kedudukan 2-0.

Sekalipun ketinggalan, skuad MS PDB tidak mudah mengalah malah kedua pasukan yang berjaya mempamerkan perlawanan mantap dan berbalas asakan sehingga akhir babak pertama.

Pertemuan babak kedua menarik dengan permainan lebih pantas sehingga penjaga gol kedua pasukan dipaksa berkerja keras mengawal gawang masing-masing.

Pasukan MS PDB akhirnya berjaya merapatkan kedudukan 1-2 menerusi jaringan Cpl 4346 Rosmini Haji Abd Kahar bagaimanapun kebangkitan pasukan itu sudah terlambat apabila benteng MS ABDB kembali kukuh untuk dibolosi buat kali keduanya.

Kejohanan julungkali dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Negara Brunei Darussalam (NFABD) itu dihadiri oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Negara Brunei Darussalam (NFABD), Dato Paduka Haji Abd Rahman Haji Mohiddin.

Terdahulu, Presiden NFABDD diperkenalkan kepada pemain-pemain kedua pasukan dan seterusnya bergambar ramai dengan pemain sebagai simbolik bermulanya kejohanan utama bola sepak kebangsaan berkenaan.

Sepuluh pasukan terbaik yang mewakili kelab di seluruh negara beraksi untuk mempamerkan kehebatan masing-masing memburu gelaran kejohanan edisi sulung kali ini.

No comments:

Post a Comment