Search This Blog

Tuesday, April 21, 2020

Fadhli penjaring terbanyak liga

Oleh Fadhil Yunus
BANDAR SERI BEGAWAN, 19 APRIL – Penyerang MS ABDB, Fadhli Salleh kini mendahului selaku penjaring terbanyak Liga Super Brunei musim ini selepas aksi jaringan yang mengagumkan sebelum liga digantungkan kerana pandemik koronavirus (COVID-19).
Penyerang tersebut berjaya menjaringkan empat gol dalam dua perlawanan untuk kelab juara tersebut termasuk jaringan hatrik ketika menentang IKLS MB-5 FC dan gol selebihnya dijaringkan ketika menentang Wijaya FC.
Penjaring terbanyak semasa, yang memikul tanggungjawab menyerang bersama dengan rakan sepasukan Hariz Danial Khalidden, mendahului dalam siri jaringan liga.
Penyerang duo Kota Ranger FC, Adi Said dan Asraffahmi Norsamri mengejar pendahulu jaringan dengan masing-masing menjaringkan tiga gol. Begitu juga dengan pemain baharu Kasuka FC, AsriAspar, yang menduduki tangga kedua dalam senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super.
Rakan sepasukan Asri, Hanif Aiman Haji Adanan, penjaring terbanyak musim lalu, mencatat satu jaringan ketika pasukannya mementang pasukan pendatang baharu KB FT.

Aksi penyerang MS ABDB, Fadhli Salleh ketika beraksi dalam Liga Super Brunei sebelum pandemik COVID-19.
Sementara itu, penjaga gol Kota Rangers, Azman ilham bin Haji Md Noor dan pemain Jerudong FC, Arib bin Haji Omar berkongsi kedudukan sebagai pemain mencatat rekod tanpa bolos iaitu sebanyak dua perlawanan.
Arib mengukuhkan kedudukannya sebagai pemain berpengaruh pasukan Jerudong selepas memberikan sumbangan kepada pasukannya dalam membuat aksi menyelamat sepakan penalti dalam kemenangan menentang pasukan Tabuan dan Setia Perdana, sementara Azman Ilham setakat ini memainkan peranan penting dalam membentuk gandingan pertahanan yang kukuh buat pasukan Kota Ranger.
Kota Ranger telah berjaya mendapatkan khidmat jurulatih ternama, Darus Tanjung sementara bekas penjaga gol kebangsaan, Ibrahim bin Haji Abu Bakar telah dilantik menjadi jurulatih penjaga gol.
Walau bagaimanapun, musim ini merupakan musim kecemasan buat Jerudong FC, yang bersama-sama merebut kedudukan teratas bersama dengan Kasuka dan Kota Ranger.
Jerudong mengalami kemerosotan dua tahun lalu tetapi telah kembali ke prestasi terbaik selepas permulaan yang bagus musim ini dengan gabungan pertahanan yang mantap.
Tujuh buah kelab telah menambah pemain import ke dalam senarai mereka dengan gergasi tradisi Indera SC dan Kota Ranger antara mereka yang aktif membuat penambahan baharu.
Kelab lain yang turut terlibat menggunakan khidmat pemain import adalah DPMM FC, Jerudong FC, Kasuka FC, Rimba Star dan Setia Perdana.
Liga Super Brunei yang telah digantungkan untuk tempoh lebih dari satu bulan sama seperti liga bola sepak global, setakat ini telah mengadakan dua perlawanan sebelum Persatuan Bolasepak Kebangsaan Brunei Darussalam (NFABD) mengumumkan penggantungan berikutan langkah kerajaan untuk membendung penularan pandemik koronavirus.