Oleh Hasrulraizan BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Jun – MS ABDB mencatat kemenangan keempat
berturut-turut dalam Liga Super DST 2015 apabila memberikan pendahulu
liga, Najip I-Team kekalahan ketiga malam tadi, dengan jaringan 3-0.
Jaringan pertama MS ABDB hadir enam minit sebelum separuh masa
pertama berakhir menerusi jaringan Soldadu Abdul Azizi bin Ali Rahman
dan kedudukan 1-0 itu kekal sehingga babak pertama selesai.
Walaupun Najip I-Team cuba mendapatkan gol penyamaan pada separuh
masa kedua tetapi kesemua usahanya menemui kegagalan dan sebaliknya MS
ABDB pula berjaya menggandakan pendahuluannya, kali ini menerusi
jaringan Soldadu Razimie bin Ramli pada minit ke-80.
Tatkala kedudukan 2-0 dilihat sebagai keputusan muktamad perlawanan,
MS ABDB dihadiahkan sepakan penalti pada masa kecederaan dan Soldadu
Nazirul Hazim bin Haji Mahadin yang ke depan mengambilnya berjaya
menyempurnakannya pada minit ke-90+2 untuk perlawanan berkesudahan 3-0. MS ABDB (kuning) berjaya menewaskan Najip I-Team 3-0 dalam aksi Liga Super DST semalam.Kemenangan dalam perlawanan di Balapan & Padang, Kompleks Sukan
Negara Hassanal Bolkiah (KSNHB) berkenaan membawa MS ABDB naik ke tangga
ketiga dari keempat dengan 12 mata, dua mata di depan Tabuan Muda yang
sudah bermain tujuh kali.
Najip I-Team walaupun tewas tetap menghuni puncak liga dengan 18 mata
dari sembilan perlawanan dengan enam menang dan tiga kalah.
Indera SC kekal di tempat kedua dengan 15 mata maksimum dari lima perlawanan.
Perlawanan seterusnya bagi Liga Super DST 2015 ialah pada Sabtu, 13
Jun ini di Kompleks Sukan Berakas yang mempertemukan Indera SC dengan
Lun Bawang. Perlawanan bermula pukul 8:15 malam.
No comments:
Post a Comment