Search This Blog

Thursday, March 5, 2020

Permulaan sempurna Kasuka SC di Liga Super Brunei

Oleh Fadhil Yunus
BANDAR SERI BEGAWAN, 4 MAC – Kasuka SC menikmati permulaan yang sempurna di Liga Super Brunei selepas mereka berjaya mengalahkan KB FT dengan kemenangan bergaya 5-0 di Kompleks Sukan Tutong baru-baru ini.
Kasuka SC selaku naib johan 2019 bersama-sama MS ABDB, Kota Ranger dan Wijaya FC memulakan pertandingan dengan kemenangan di liga dan diikuti oleh pasukan baharu DPMM FC II.
Taylor Leon membuka jaringan untuk Kasuka pada minit ke-17 sebelum Yapo Adja Franck Alwin menggandakan gol di minit ke-30.
Pemain baharu ditandatangani mereka, Asri Haji Aspar berjaya menjaringkan gol untuk penampilan pertamanya bersama Kasuka SC sejak perpindahannya daripada Indera SC lima minit sebelum tamat separuh masa pertama.
Hanif Aiman ​bin ​Haji Adanan selaku penjaring terbanyak liga musim lalu, menjaringkan gol di minit ke-60 dan Mardi Mirza bin Abdullah Bujang menjaringkan gol kelima buat pasukannya di minit-minit akhir perlawanan.
Jerudong FC juga membuat permulaan cemerlang dalam kempen selepas kemenangan 5-0 ke atas Tabuan, mereka merupakan salah satu daripada enam pasukan baharu menyertai dalam liga tahun ini di Kompleks Sukan Berakas.
Jaringan perlawanan tersebut masing-masing dijaringkan oleh Micky Anak Gindi, Mudzaffar Alarif Rafae’a dan pemain gantian mereka Masrimin Salih yang memberi kemenangan besar buat Jerudong FC.


Pasukan Kasuka SC bergambar sebelum perlawanan menentang KB FT di Kompleks Sukan Tutong baru-baru ini. – Gambar serahan NFABD

1 comment:

  1. Do you need Finance? Are you looking for Finance? Are you looking for finance to enlarge your business? We help individuals and companies to obtain finance for business expanding and to setup a new business ranging any amount. Get finance at affordable interest rate of 3%, Do you need this finance for business and to clear your bills? Then send us an email now for more information contact us now via (financialserviceoffer876@gmail.com) whats-App +918929509036 Dr James Eric Finance Pvt Ltd Thanks

    ReplyDelete