Oleh Mohamad Asyramisyanie
BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Dis – Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MS ABDB) mengukuhkan kedudukan di puncak Liga Super DST selepas menewaskan Menglait FC 7-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Kompleks Sukan Berakas, Ahad lalu.
Pendahulu liga memburu untuk mengekalkan kedudukan kejuaraan selepas memperolehi kemenangan berturut-turut.
Mohd Abu Fairdaus Zoel-effendi membuka jaringan pada minit ke-6 sebelum Ikmal bin Haji Samsul menjaringkan gol sendiri untuk menggandakan jaringan buat MS ABDB kepada 2-0.
Pemain penyerang MS ABDB Abdul Azizi bin Ali Rahman menjaringkan dua gol pada minit ke-22 dan 42 sebelum Baharin bin Hamidon menjaringkan gol kelima pada minit ke-63.
Gol keenam MS ABDB dijaringkan oleh Mohd Aliuddin bin Awang Besar dua minit sebelum tamat perlawanan, namun Razimie Ramli melengkapkan malam MS ABDB dengan menjaringkan gol ketujuh.
Dengan keputusan itu, MS ABDB dengan baki dua perlawanan masih berada di tempat pertama liga dengan 46 mata diikuti oleh Kota Rangers FC dengan 42 mata dan Indera SC yang mempunyai kelebihan enam perlawanan di tempat ketiga dengan 30 mata.
Dalam perlawanan lain, Majlis Sukan Polis Diraja Brunei (MS PDB) tewas di tangan Tabuan Muda A dengan jaringan 2-0.
No comments:
Post a Comment