Search This Blog

Tuesday, March 13, 2018

Piala FA semakin rancak

Oleh Mohamad Asyramisyanie

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Mac – Kancah bola sepak tempatan kini semakin rancak setelah kempen Liga Super yang lalu dan kini tiba giliran pasukan-pasukan yang mara ke peringkat suku akhir Piala FA Persatuan Bola Sepak Kebangsaan Brunei Darussalam untuk berentap dengan lawan masing-masing.
Pada hari Jumaat lalu menyaksikan Pasukan Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MS ABDB) terus unggul apabila berjaya menumpaskan Pasukan DSP United di Kompleks Sukan Berakas.
Awang Razimie Ramlli muncul sebagai wira apabila berjaya mencatat hatrik bermula pada minit ke-29 sebelum menjaringkan gol kedua dan ketiga pada minit-minit akhir perlawanan itu.
Sementara itu, pada hujung minggu lalu pula menyaksikan kemaraan Pasukan Indera SC mengikut jejak MS ABDB apabila berjaya menumpaskan Pasukan Jerudong FC dengan jaringan 2-0.
Jaringan pertama Indera SC disempurnakan oleh Mohd Asri bin Haji Aspar melalui sepakan penalti pada minit ke-14 sebelum jaringan kedua dijaringkan oleh Mohd Aimmil Rahman Ramlee pada minit ke-82.

No comments:

Post a Comment