Search This Blog

Monday, January 27, 2014

Liga Perdana buka tirai


Oleh Hasrulraizan

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Jan – Liga Perdana DST 2014 membuka tirainya hari ini dengan satu perlawanan saja selepas dua perlawanan pada Jumaat, 24 Januari dan satu perlawanan hari ini terpaksa ditunda akibat hujan dan keadaan padang yang tidak memuaskan.

Tertundanya tiga perlawanan berkenaan membolehkan BSRC FT berada di puncak Liga Perdana DST 2014 dengan 3 mata selepas menang 3-1 ke atas Tunas FC di Kompleks Sukan Tutong petang ini.

Md Hazman Hamdan memacu BSRC FT ke depan apabila menjaringkan gol pada minit ke-28 bagi pendahuluan 1-0 pasukannya, namun 10 minit kemudian Syazwan Azizi Haji Taib berjaya mengikat kedudukan 1-1.

 http://mediapermata.brunei-online.com/wp-content/uploads/2014/01/PAGE23_270108355062.jpg

BSRC FT berjaya meraih tiga mata dalam perlawanan pertama Liga Perdana setelah menewaskan Tunas FC semalam.

Tatkala kedua-dua buah pasukan seakan-akan pasti menyudahkan separuh masa pertama seimbang, Syazwi Mohamed meleburkan jangkaan itu menerusi jaringannya buat BSRC FT pada minit ke-43 untuk pendahuluan 2-1 BSRC FT ke atas Tunas FC, yang kekal hingga pengadil meniupkan wisel penamat babak pertama. Sebaik separuh masa kedua bermula, kedua-dua pasukan berbalas-balas serangan dengan Tunas FC mencari gol penyamaan manakala BSRC FT mencari gol untuk pendahuluan selesa sekaligus menamatkan semangat kebangkitan Tunas FC.

Md Hazman sekali lagi menemui sasarannya di gawang Tunas FC pada minit ke-75 bagi gol keduanya dalam perlawanan itu bagi memberikan kelebihan dua gol pasukannya, BSRC FT ke atas Tunas FC.

Lima-belas minit terakhir perlawanan itu berlangsung semakin hebat namun masing-masing kedua-dua pasukan gagal menambah jaringan sehingga babak kedua itu berakhir dengan kedudukan kekal 3-1 berpihak kepada BSRC FT.

Satu lagi perlawanan yang sepatutnya berlangsung hari ini tetapi telah ditunda ke satu tarikh yang akan diumumkan kemudian itu ialah perlawanan antara Lun Bawang dengan IKLS di Kompleks Sukan Temburong. Manakala dua perlawanan tertunda pada Jumaat, 24 Januari lalu adalah antara Setia Perdana dengan Perkasa di Kompleks Sukan Berakas, dan Kota Rangers lawan Rimba Star di Balapan & Padang, Komplek Sukan Negara Hassanal Bolkiah (KSNHB).

No comments:

Post a Comment