Search This Blog

Friday, June 12, 2015

ABDB benam Najip 3-0

Oleh Hasrulraizan

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Jun – MS ABDB mencatat kemenangan keempat berturut-turut dalam Liga Super DST 2015 apabila memberikan pendahulu liga, Najip I-Team kekalahan ketiga malam tadi, dengan jaringan 3-0.

Jaringan pertama MS ABDB hadir enam minit sebelum separuh masa pertama berakhir menerusi jaringan Soldadu Abdul Azizi bin Ali Rahman dan kedudukan 1-0 itu kekal sehingga babak pertama selesai.

Walaupun Najip I-Team cuba mendapatkan gol penyamaan pada separuh masa kedua tetapi kesemua usahanya menemui kegagalan dan sebaliknya MS ABDB pula berjaya menggandakan pendahuluannya, kali ini menerusi jaringan Soldadu Razimie bin Ramli pada minit ke-80.

Tatkala kedudukan 2-0 dilihat sebagai keputusan muktamad perlawanan, MS ABDB dihadiahkan sepakan penalti pada masa kecederaan dan Soldadu Nazirul Hazim bin Haji Mahadin yang ke depan mengambilnya berjaya menyempurnakannya pada minit ke-90+2 untuk perlawanan berkesudahan 3-0.
MS ABDB (kuning) berjaya menewaskan Najip I-Team 3-0 dalam aksi Liga Super DST semalam.
MS ABDB (kuning) berjaya menewaskan Najip I-Team 3-0 
dalam aksi Liga Super DST semalam.
Kemenangan dalam perlawanan di Balapan & Padang, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah (KSNHB) berkenaan membawa MS ABDB naik ke tangga ketiga dari keempat dengan 12 mata, dua mata di depan Tabuan Muda yang sudah bermain tujuh kali.

Najip I-Team walaupun tewas tetap menghuni puncak liga dengan 18 mata dari sembilan perlawanan dengan enam menang dan tiga kalah.

Indera SC kekal di tempat kedua dengan 15 mata maksimum dari lima perlawanan.

Perlawanan seterusnya bagi Liga Super DST 2015 ialah pada Sabtu, 13 Jun ini di Kompleks Sukan Berakas yang mempertemukan Indera SC dengan Lun Bawang. Perlawanan bermula pukul 8:15 malam.

No comments:

Post a Comment