Search This Blog

Monday, November 23, 2015

Tabuan Muda belasah MS PDB 5-1

Oleh Hasrulraizan

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Nov – Tabuan Muda membelasah MS PDB 5-1 untuk kekal dalam laluan menamatkan kempen Liga Super DST 2015 di kedudukan setinggi mungkin musim ini iaitu tempat keempat.

Penjaring utamanya Mohd Nursyazwan bin Halidi sekali lagi mencetak hatrik, manakala Mohd Aman bin Haji Abdul Rahim dan Mohd Khairil Shame bin Suhaimi masing-masing menyumbangkan satu gol.

Mohd Nursyazwan mencetak gol pertamanya untuk jaringan pertama Tabuan Muda pada minit ke-18 dan segera menyusulinya dengan cetakan gol kedua tujuh minit kemudian bagi membawa Tabuan Muda di depan dengan jaringan 2-0.

Empat minit sebelum rehat iaitu pada minit ke-41, giliran Mohd Aman pula mencatat namanya sebagai penjaring untuk Tabuan Muda membawa kedudukan 3-0 ke separuh masa kedua.

Hanya empat minit babak kedua perlawanan di Padang & Balapan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah (KSNHB) itu bermula, Mohd Nursyazwan mendapat peluang untuk melengkapkan hatriknya apabila Tabuan Muda dihadiahkan sepakan penalti dan Mohd Nursyazwan tidak gagal menyempurnakannya.
Mohd Nursyazwan (dua dari kanan), Mohd Aman (empat dari kanan) bersama rakan-rakan meraikan gol kelimaTabuan Muda jaringan Mohd Khairil Shame (tiga dari kanan).
Mohd Nursyazwan (dua dari kanan), Mohd Aman (empat dari kanan) 
bersama rakan-rakan meraikan gol kelimaTabuan Muda jaringan 
Mohd Khairil Shame (tiga dari kanan).
MS PDB akhirnya berjaya membolosi gawang Tabuan Muda iaitu pada minit ke-55 menerusi rembatan kencang PC5701 Mohd Fazizzul bin Hussin untuk merubah kedudukan menjadi 4-1.

Tabuan Muda kembali menjarakkan dirinya empat gol dari MS PDB setelah voli kencang Mohd Khairil Shame dari luar petak menerjah gawang MS PDB pada minit ke-72 yang menjadi gol terakhir perlawanan untuk keputusan muktamad 5-1.

Tabuan Muda kini mengumpul 27 mata dari 16 permainan, masih ketinggalan empat mata di belakang Wijaya FC (31 mata) yang sudah menamatkan kempennya. Maka Tabuan Muda perlu menang kedua-dua baki perlawanannya untuk mengumpul 33 mata bagi mengesahkan tempat keempat menjadi miliknya.

Melihat kepada perbezaan jaringan, Wijaya FC (46 jaringan, 34 bolos = +12 gol) lebih tinggi berbanding Tabuan Muda (34 jaringan, 24 bolos = +10 gol), keputusan satu menang dan satu seri adalah memadai jika Tabuan Muda dapat meningkatkan perbezaan golnya kepada sekurang-kurangnya +13 gol.

MS PDB pula dengan kekalahan itu mengakhiri kempennya musim ini di tempat ke-7 dengan 16 mata, empat mata di depan Lun Bawang yang kini menghuni tangga ke-8 yang hanya memiliki baki satu permainan saja lagi.

Sunday, November 22, 2015

IKLS FC hilang mata, Indera, LS79 bertemu lagi

Oleh Hasrulraizan

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Nov – Keputusan IKLS FC untuk menarik diri daripada meneruskan baki tiga perlawanan Liga Super DST 2015 dan Piala FA DST 2015 mengundang padah apabila kesemua sembilan mata yang dikutip daripada 15 perlawanan Liga Super DST sebelum ini dibatalkan.

Persatuan Bolasepak Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (NFABD) dalam satu kenyataannya hari ini, juga memaklumkan IKLS FC yang dilanda masalah dalaman sehingga menarik diri daripada Piala FA DST membolehkan lawannya pada pusingan ketiga, Menglait FC, melangkah terus ke peringkat suku akhir secara percuma.

Menglait FC kini hanya perlu menunggu pemenang perlawanan pusingan ketiga antara Kilanas FC dengan Tabuan B-16.

Dalam kenyataan sama, NFABD juga memutuskan perlawanan di antara Indera SC dengan Tabuan Muda (LS79) yang dibatalkan pada 25 Oktober 2015 disebabkan kesilapan teknikal, diadakan sekali lagi pada 22 November ini, dan keputusan perlawanan asal 25 Oktober lalu juga dibatalkan.

Indera naib juara Liga Super

Oleh Hasrulraizan

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Nov – Indera SC sah naib juara Liga Super DST 2015 tanpa perlu bermain hari ini apabila pesaing terdekatnya, Najip i-Team tewas 4-5 kepada Wijaya FC petang tadi, tetapi Najip i-Team perlu berpuas hati kerana tempat ketiga sudah pasti menjadi miliknya.

Najip i-Team dalam laluan tepat merampas kedudukan kedua dari Indera SC apabila mendahului 4-3 pada minit ke-74 dan masih mendahului ketika masa sebenar perlawanan hanya berbaki tiga minit.

Awangku Anaqi Sufi bin Pengiran Haji Omar Baki mengejutkan Fardillah bin Haji Md Ali di gawang Najip i-Team dengan voli daripada petak lawan pada minit ke-87 selepas menerima hantaran lintang di sebelah sayap kiri untuk mengikat kedudukan 4-4.

Gol kemenangan Wijaya FC hadir pada minit ke-90 menerusi rembatan kaki kiri ketua pasukannya, Marhazif bin Ahad, yang menerjah jaring kiri sebelah bawah gawang Najip i-Team, melangkaui jangkauan Fardillah yang sudah melayangkan badannya ke kiri.

Perlawanan di Kompleks Sukan Berakas (KSB) itu diterajui Najip i-Team apabila Mohd Azri bin Zahari menemui sasarannya di gawang Wijaya FC pada minit ke-9, namun Khalil Saab berjaya menyamakan kedudukan sepuluh minit kemudian.
Awangku Anaqi (kanan) menjaringkan gol keempat, Marhazif (dua kiri) mencetak gol kelima. Khalil (kiri) pula menjaringkan dua gol ketika Wijaya FC menewaskan Najip i-Team.
Awangku Anaqi (kanan) menjaringkan gol keempat, Marhazif (dua kiri) mencetak gol kelima. Khalil (kiri) pula menjaringkan dua gol ketika Wijaya FC menewaskan Najip i-Team.
Muhd Nabil Arif bin Talipudin memastikan Najip i-Team terus di depan dengan ledakan golnya pada minit ke-39 untuk membawa kedudukan 2-1 sehingga rehat.

Dua minit selepas perlawanan bersambung semula, kedudukan seimbang semula 2-2, menerusi jaringan Abdul Azim bin Abdul Rasid. Wijaya FC buat pertama kalinya mendahului perlawanan, dengan jaringan 3-2, apabila Khalil mencatat gol kedua peribadinya pada minit ke-57.

Perlawanan semakin menarik apabila Najip i-Team mengejar dan berjaya menyamakan kedudukan 3-3, menerusi jaringan kedua peribadi Muhd Nabil Arif pada minit ke-69.

Abdul Afiq bin Roslan membawa Najip i-Team menerajui perlawanan buat kali ketiga dengan sumbangan golnya pada minit ke-74, kini mendahului 4-3 pula.

Kemenangan buat Wijaya FC itu membolehkannya menamatkan kempen Liga Super DST musim ini dengan mengumpul 31 mata, kekal di tempat keempat, lima mata di belakang Najip i-Team (36 mata), yang juga sudah sahih memenangi tempat ketiga musim ini, mengulangi kedudukannya musim lalu.

Najip i-Team, jika menang perlawanan terakhirnya petang ini akan mengumpul 39 mata, satu mata di atas Indera SC yang masih berbaki dua permainan lagi. Kemenangan pasti akan memberi tekanan kepada Indera SC untuk mencatat kemenangan satu daripada dua baki perlawanannya untuk memastikan naib juara menjadi miliknya.

Namun dengan hakikat kekalahan Najip i-Team itu, dua perlawanan terakhir Indera SC hanya sebagai pelengkap jadual perlawanannya, tatkala tiga tempat teratas sudah sah menjadi milik MS ABDB (juara), Indera SC (naib juara) dan Najip i-Team (ketiga).

Kemenangan itu membolehkan Indera SC mengumpul 38 mata sekali gus membuka jarak lima mata dengan pesaing terdekatnya, Najip i-Team tatkala kedua-dua pasukan sama-sama sudah bermain enam belas kali dan masing-masing ada baki dua perlawanan lagi.

Untuk mengesahkan naib juara liga menjadi miliknya, kini Indera SC hanya perlu menang satu daripada baki dua permainan ataupun seri kedua-dua baki perlawanan itu kerana jumlah mata maksimum yang mampu dikumpul Najip i-Team hanyalah 39 mata, jika ia menang semua baki permainan.

Friday, November 20, 2015

DST SUPER LEAGUE 2015 - LEADING GOAL SCORERS


DST SUPER LEAGUE 2015 - STANDING


DST SUPER LEAGUE 2015 - RESULT



Kilanas FC tunjuk semangat

Oleh Hasrulraizan

TUTONG, 18 Nov – Izzul Wazzien bin Othman muncul wira apabila membantu Kilanas FC mencatat kemenangan keduanya musim ini setelah mengejutkan MS PDB dengan jaringan 2-1 dalam pusingan kedua Liga Super DST 2015.

Separuh masa pertama perlawanan di Kompleks Sukan Tutong (KST) itu berakhir tanpa jaringan dan begitu juga separuh masa kedua sehinggalah pada minit ke-71 apabila Kilanas FC dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan oleh Izzul Wazzien.

Kemenangan seakan terlepas daripada genggaman Kilanas FC apabila MS PDB berjaya membolosi gawangnya pada minit ke-83, juga menerusi sepakan penalti yang disudahkan dengan baik oleh Lans Korporal 4828 Jasriman bin Haji Johari untuk mengikat kedudukan pada 1-1.
Izzul Wazzien (kiri, barisan depan) menjaringkan dua gol bagi membantu Kilanas FC menang 2-1 ke atas MS PDB di KST.
Izzul Wazzien (kiri, barisan depan) menjaringkan dua gol bagi 
membantu Kilanas FC menang 2-1 ke atas MS PDB di KST.
Namun semangat para pemain Kilanas FC kekal teguh untuk meraih kemenangan yang terbukti dengan serangan-serangan bahaya dilancarkannya sehingga berjaya menggegar gawang MS PDB menerusi sentuhan jaringan kedua Izzul Wazzien pada minit ke-87.

Kemenangan itu tetap menggembirakan pegawai dan pemain Kilanas FC walau nasib mereka sudah sah tersingkir daripada Liga Super DST musim depan. Kilanas FC kini mengumpul enam mata dari 17 permainan, hanya berbaki satu permainan saja lagi.

Kilanas FC kekal di tangga terbawah liga, tiga mata di belakang IKLS FC di tangga kesembilan yang baru bermain 15 kali dan enam mata di belakang Lun Bawang di tempat kelapan yang juga sudah bermain 17 kali.

Najip i-Team rapatkan jurang mata

Oleh Hasrulraizan

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Nov – Najip i-Team merapatkan kembali jarak matanya dengan Indera SC kepada hanya dua mata setelah menang tipis 2-1 dalam pertarungan sengitnya dengan Jerudong FC.

Penyerang utama Najip i-Team, Mohd Azri bin Zahari membuka tirai jaringan perlawanan di Balapan dan Padang, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah (KSNHB) itu pada minit ke-19 untuk membawa pasukannya mendahului 1-0.

Selepas jaringan itu, bola dikawal sepenuhnya oleh Jerudong FC namun mereka sering hampa apabila setiap serangan yang dilancarkan gagal membuahkan hasil akibat ketumpulan penyudah para pemainnya dan kecekapan penjaga gol lawan, Fardillah bin Haji Md Ali.

Separuh masa kedua menyaksikan Jerudong FC terus mengekalkan momentum serangan bertali arusnya sehingga akhirnya berjaya juga membolo-si gawang kebal Najip i-Team pada minit ke-62 disumbangkan oleh Agus Haryono untuk mengikat kedudukan 1-1.
Detik cemas di gawang Najip i-Team (kuning) dalam catatan kemenangan 2-1 ke atas Jerudong FC (merah) untuknya kekal memburu gelaran naib juara Liga Super DST 2015.
Detik cemas di gawang Najip i-Team (kuning) dalam catatan kemenangan 2-1
ke atas Jerudong FC (merah) untuknya kekal memburu gelaran naib juara Liga Super DST 2015.
Ketika perlawanan dilihat akan terus dikuasai dan dimenangi Jerudong FC, Norfaez bin Sayang tampil selaku wira Najip i-Team apabila mengambil peluang sepenuhnya di atas keterlekaan pertahanan Jerudong FC untuk meledakkan jaringan kedua dan kemenangan Najip i-Team tujuh minit sebelum perlawanan masa sebenar berakhir.

Tambahan tiga mata itu membawa kutipan mata Najip i-Team kepada 36 mata daripada 17 permainan, di belakang Indera SC yang sudah mengumpul 38 mata daripada 16 permainan.

Kemenangan itu juga memberi petanda tidak ada lagi pasukan di bawahnya mampu memintasnya termasuk Wijaya FC yang kini mengumpul 28 mata dari 17 permainan di tangga keempat dan Tabuan Muda di tempat kelima yang memiliki jumlah 24 mata daripada 15 permainan, sekali gus mengesahkan kedudukan tiga teratas menjadi miliknya.

Hanya keputusan perlawanan terakhirnya dan keputusan dua perlawanan terakhir Indera SC yang akan menentukan nasibnya memenangi tempat ketiga atau pun naib juara Liga Super DST 2015.

Wednesday, November 18, 2015

Indera SC ‘cengkam erat’ tangga kedua

Oleh Hasrulraizan

TUTONG, 17 Nov – Indera SC mengukuhkan kedudukannya di tangga kedua Liga Super DST 2015 apabila mengenepikan cabaran Wijaya FC di Kompleks Sukan Tutong dengan kemenangan 3-1.

Jaringan pertamanya adalah hadiah gol sendiri Mohd Thaqif Ruzaini bin Mohd Abdul Rahman pada minit ke-33.

Tiga minit kemudian, Indera SC menambah jaringannya untuk mendahului Wijaya FC 2-0 menerusi sumbangan jaringan Mohamed Zulkhairy bin Razali.

Wijaya FC bermula garang pada separuh masa kedua untuk merapatkan jurang jaringan dan ternyata usaha berterusan mereka berhasil pada minit ke-63 apabila Khalil bin Saab berjaya membolosi gawang Indera SC.
Indera SC menang 3-1 ke atas Wijaya FC untuk mengukuhkan cengkamannya di tangga kedua Liga Super DST 2015.
Indera SC menang 3-1 ke atas Wijaya FC untuk mengukuhkan
cengkamannya di tangga kedua Liga Super DST 2015.
Gol tersebut seolah-olah memberi semangat kebangkitan Wijaya FC namun semangat itu hilang sama sekali apabila Mohammad Hakeem bin Keri meledakkan jaringan ketiga Indera SC pada masa kecederaan iaitu pada minit ke-90+1 sekali gus memuktamadkan perlawanan dengan jaringan 3-1 memihak Indera SC.

Kemenangan itu membolehkan Indera SC mengumpul 38 mata sekali gus membuka jarak lima mata dengan pesaing terdekatnya, Najip i-Team tatkala kedua-dua pasukan sama-sama sudah bermain enam belas kali iaitu masing-masing hanya berbaki dua perlawanan lagi.

Untuk mengesahkan naib juara liga menjadi miliknya, kini Indera SC hanya perlu memenangi satu daripada baki dua perlawanannya ataupun seri kedua-dua baki perlawanannya itu kerana jumlah mata maksimum yang mampu dikumpul Najip i-Team hanyalah 39 mata, jika ia menang kedua-dua baki permainannya.

Thursday, November 12, 2015

MS ABDB set sights on double


MS ABDB players celebrate scoring against Wijaya FC in their DST Super League game at the Berakas Sport Complex on Sept 4. The army men will open the defence of their DST FA Cup title against the same opponents on Dec 4.BT file 
 
Thursday, November 12, 2015

THE Royal Brunei Armed Forces Sports Council (MS ABDB) are keen to defend their DST FA Cup crown once again after last month’s draw pitted the army men against Wijaya FC in their first match on Dec 4.

MS ABDB successfully defended their DST FA Cup title after beating Najip FC 2-0 earlier this year and their interim manager, Major (A) Razanol Hardi Abd Razak, is looking to secure a double this season.

MS ABDB clinched the DST Super League title for the first time after crushing bottom dwellers Kilanas FC 6-1 last month, and with 48 points, now have an insurmountable 13-point lead over two-time defending champions Indera Sports Club – who are second with 35 points.

“We are looking to defend our FA Cup title once again and the pressure is there, especially since we won our first DST Super League title,” said Major (A) Razanol.

“The FA Cup will be tougher this time… Overall, we believe all teams will give us a challenge and we cannot be complacent.

“We treat every match as a final,” he added.

Major (A) Razanol also praised Kota Rangers FC – who they might face if they overcome Wijaya – saying that the army men will need to revise their tactics against the DST Premier League champions.

MS ABDB beat newly-promoted Lun Bawang 4-1 on Sunday and will go up against Indera in the DST Super League’s finale at the end of the month.

“We will bring our A-game against Indera and I hope we can finish this season with another solid victory,” he said.

“Our only loss was against Jerudong FC in the first round and we have an unbeaten record going in the second round, and we intend to keep it that way.

“But this is football and anything can happen.

“For now, we will focus on our training and we’ll see how we do,” he added.

Meanwhile, Wijaya will face Indera in a DST Super League match at the Tutong Sports Complex at 8.15pm tomorrow.

The Brunei Times

Tuesday, November 10, 2015

DST SUPER LEAGUE 2015 - STANDING


DST SUPER LEAGUE 2015 - RESULT


Meski sudah juara, MS ABDB tetap garang

Oleh Hasrulraizan

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Nov – MS ABDB tidak bermain untuk sekadar melengkapkan jadual perlawanannya walau sudah mengesahkan kejuaraannya dalam Liga Super DST 2015 tetapi terus mengekalkan momentum kemenangannya apabila mencatat kemenangan ke-16 dari 17 perlawanan musim ini kelmarin, 4-1 ke atas Lun Bawang.

Pada perlawanan di Padang & Balapan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah (KSNHB) itu, MS ABDB mendahului 2-0 pada separuh masa pertama dengan kedua-dua gol disumbangkan oleh Soldadu Razimie bin Ramli masing-masing pada minit ke-26 dan ke-41.

Sebelas minit selepas rehat, Sarjan Adey Shariduan bin Haji Johari menambah jaringan buat MS ABDB mendahului 3-0 disusuli dengan jaringan penalti Soldadu Nazirul Hazim bin Haji Mahadin pada minit ke-67.

Dalam kegembiraannya membolosi gawang lawan buat kali keempat itu, para pemain MS ABDB buat pertama kalinya menjadi alpa dan kelemahan itu berjaya diambil peluang oleh Zaimi Awat untuk merobek gawang MS ABDB hanya seminit selepas jaringan keempat MS ABDB berkenaan.
MS ABDB (kuning) meneruskan momentum kemenangannya apabila mengalahkan Lun Bawang (biru) dengan jaringan 4-1, kelmarin.
MS ABDB (kuning) meneruskan momentum kemenangannya 
apabila mengalahkan Lun Bawang (biru) dengan jaringan 4-1, kelmarin.
Jaringan pada minit ke-68 itu ternyata menjadi gol terakhir perlawanan untuk kedudukan 4-1 menjadi keputusan muktamad perlawanan.

Dengan tambahan tiga mata itu, MS ABDB kini terus gah di puncak liga dengan 48 mata tanpa dapat digugat-gugat lagi, tiga belas mata di atas pencabar terdekatnya, Indera SC di tangga kedua yang masih perlu berjuang mendapatkan gelaran naib juara dengan Najip i-Team di tempat ketiga dengan 33 mata.

Lun Bawang pula kekal di tangga kelapan liga dengan 12 mata daripada sejumlah 17 permainan, hanya berbaki satu permainan lagi, masih belum selamat daripada penyingkiran memandangkan IKLS FC di bawahnya yang mengumpul sebanyak sembilan mata setakat ini masih berpeluang lagi memintasnya kerana masih memiliki baki sebanyak tiga perlawanan.

Jerudong FC tewaskan MS PDB 4-1

Oleh Hasrulraizan

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Nov – Jerudong FC mengukuhkan cengkamannya di tangga keenam apabila menewaskan pesaingnya di tangga ketujuh, MS PDB dengan jaringan 4-1 di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, kelmarin.

Mohd Bazli bin Mohd Said memberikan Jerudong FC pendahuluan 2-0 pada separuh masa pertama menerusi gol-golnya masing-masing pada minit ke-22 dan ke-27.

Ketua pasukan Jerudong FC, Hairol Azaman Shah bin Abdullah memberikan pasukannya pendahuluan selesa 3-0 selepas rehat apabila berjaya menanduk kencang bola dari sepakan sudut sebelah kiri gawang MS PDB pada minit ke-53.
Hairol Azaman Shah (kiri) ketika bersaing sebelum berjaya menanduk bola masuk untuk gol ketiga Jerudong FC pada minit ke-53.
Hairol Azaman Shah (kiri) ketika bersaing sebelum berjaya menanduk 
bola masuk untuk gol ketiga Jerudong FC pada minit ke-53.
PC 6139 Mohd Faiq bin Ramlee memberikan MS PDB sedikit harapan apabila berjaya menyumbatkan gol pada minit ke-61 sekali gus merubah kedudukan menjadi 1-3.

Namun jauh di masa kecederaan iaitu pada minit ke 90+2, Mohd Mardi Mirza bin Abdullah Bujang membunuh segala semangat kebangkitan MS PDB untuk memberikan Jerudong FC kemenangan bergaya 4-1.

Jerudong FC kini mengumpul 20 mata daripada 15 permainan, kekal di tangga keenam untuk menjarakkan dirinya empat mata dari MS PDB yang kekal dengan 16 mata dari 16 permainan di tempat ketujuh.

Monday, November 9, 2015