Search This Blog

Wednesday, November 18, 2015

Indera SC ‘cengkam erat’ tangga kedua

Oleh Hasrulraizan

TUTONG, 17 Nov – Indera SC mengukuhkan kedudukannya di tangga kedua Liga Super DST 2015 apabila mengenepikan cabaran Wijaya FC di Kompleks Sukan Tutong dengan kemenangan 3-1.

Jaringan pertamanya adalah hadiah gol sendiri Mohd Thaqif Ruzaini bin Mohd Abdul Rahman pada minit ke-33.

Tiga minit kemudian, Indera SC menambah jaringannya untuk mendahului Wijaya FC 2-0 menerusi sumbangan jaringan Mohamed Zulkhairy bin Razali.

Wijaya FC bermula garang pada separuh masa kedua untuk merapatkan jurang jaringan dan ternyata usaha berterusan mereka berhasil pada minit ke-63 apabila Khalil bin Saab berjaya membolosi gawang Indera SC.
Indera SC menang 3-1 ke atas Wijaya FC untuk mengukuhkan cengkamannya di tangga kedua Liga Super DST 2015.
Indera SC menang 3-1 ke atas Wijaya FC untuk mengukuhkan
cengkamannya di tangga kedua Liga Super DST 2015.
Gol tersebut seolah-olah memberi semangat kebangkitan Wijaya FC namun semangat itu hilang sama sekali apabila Mohammad Hakeem bin Keri meledakkan jaringan ketiga Indera SC pada masa kecederaan iaitu pada minit ke-90+1 sekali gus memuktamadkan perlawanan dengan jaringan 3-1 memihak Indera SC.

Kemenangan itu membolehkan Indera SC mengumpul 38 mata sekali gus membuka jarak lima mata dengan pesaing terdekatnya, Najip i-Team tatkala kedua-dua pasukan sama-sama sudah bermain enam belas kali iaitu masing-masing hanya berbaki dua perlawanan lagi.

Untuk mengesahkan naib juara liga menjadi miliknya, kini Indera SC hanya perlu memenangi satu daripada baki dua perlawanannya ataupun seri kedua-dua baki perlawanannya itu kerana jumlah mata maksimum yang mampu dikumpul Najip i-Team hanyalah 39 mata, jika ia menang kedua-dua baki permainannya.

No comments:

Post a Comment