Search This Blog

Wednesday, July 12, 2017

MS ABDB ‘kenduri besar’

Oleh Mohamad Asyramisyanies

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Julai – Pasukan Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MS ABDB) berpesta gol apabila berjaya membenam Menglait FC dengan jaringan 10–0 dalam aksi Liga Super Brunei DST, yang berlangsung di Kompleks Sukan Berakas hujung minggu lalu.
Jaringan-jaringan MS ABDB dihasilkan oleh Mohd Baharin Hamidon (2), Mohd Mazazizi Mazlan (1), Abdul Azizi Ali Rahman (2), Adey Shariduan Haji Johari (1), Mohd Yusri Suhaili (1), Razimie Ramlli (2) dan Mohd Abd Fairdaus Zoeleffendi (1).
Manakala Pasukan Kota Ranger FC meneruskan penguasaannya apabila menumpaskan Wijaya FC di Kompleks Sukan Tutong dengan jaringan 3-2 Sabtu lalu.
Kota Ranger tidak mempunyai cabaran berat untuk meneruskan kemenangannya apabila pendahulu liga itu membuka tirai jaringan pada minit pertama melalui Mohd Fadzil Ismail bin Hamdani menggandakan kedudukan pada minit ke-44 melalui Mohd Syarafuddin Hamdi bin Talip, dan jaringan kemenangan dihasilkan oleh Mohd Abu Bakar bin Mahari pada minit ke-53.

Barisan pemain MS ABDB bergambar sebelum menentang Pasukan Menglait FC di Kompleks Sukan Berakas. MS ABDB menang besar 10-0.
Dua gol Wijaya dijaringkan oleh Noor Zaimin bin Zaini dan Marhazif bin Ahad untuk menjadikan kedudukan 3–2 hingga wisel penamat.
Pada hari Ahad lalu pula Lun Bawang diikat oleh Tabuan Muda ‘A’ dalam perlawanan yang berkesudahan dengan jaringan 2–2 apabila jaringan Abdul Hariz Herman menyelamat Tabuan ‘A’ sekali gus memaksa Lun Bawang berkongsi satu mata.
Sementara di Kompleks Sukan Tutong menyaksikan perlawanan antara Pasukan Najip I-Team dan Indera SC, perlawanan berkesudahan dengan Najip I-Team menang besar 6–0.
Jaringan Najip I-team disumbat oleh Mohd Zulkhairy (1), Awangku Mohd Azrul Ariffin (1), Mohd Aimmil Rahman (2), Mohd. Asri (1) dan Mohd Nur Ikmal (1).

No comments:

Post a Comment