Search This Blog

Monday, February 12, 2018

MS ABDB juara Liga Super DST


Oleh Mohamad Asyramisyanie

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Feb – Pasukan Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MS ABDB) dinobatkan sebagai juara Liga Super Brunei Darussalam DST 2017 semalam.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, yang turut menyaksikan perlawanan akhir dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah kepada juara, naib juara dan tempat ketiga Liga Super Brunei Darussalam DST 2017.
Meskipun MS ABDB hanya berjaya meraih satu mata selepas seri menentang Pasukan Indera SC di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas semalam, namun ia sudah cukup untuk mengetepikan saingan pesaing-pesaing lain.

Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan ketika menyempurnakan penyerahan trofi kejuaraan kepada juara Liga Super DST 2017, MS ABDB. – Gambar oleh Hasrulraizan

Pesaing terdekatnya, Kota Ranger FC masih mempunyai baki satu perlawanan tetapi ketinggalan empat mata di belakang juara bertahan itu, oleh itu Kota Ranger terpaksa akur menamatkan musim ini di tempat kedua. Sementara itu, Indera SC menyandang tempat ketiga liga super kali ini.
Abdul Azizi Ali Rahman dari MS ABDB telah menyandang anugerah Penjaring Terbanyak kejohanan setelah berjaya menyumbat 28 gol, sementara itu, anugerah bagi Fair Play pula diberikan kepada Pasukan Tabuan Muda A.

No comments:

Post a Comment