Search This Blog

Friday, June 27, 2014

QAF FC catat sejarah liga


Oleh Hasrulraizan

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Jun – QAF FC mencatat dua sejarah dalam Liga Super DST-NFABD 2014 untuk gol terpantas dan jumlah jaringan terbanyak dalam satu perlawanan, sekali gus memperbaiki perbezaan golnya dari -3 kepada +5 selepas membelasah Wijaya FC 8-0 malam tadi.

Hanya beberapa saat dari sepak mula, QAF FC sudah membuka tirai jaringan menerusi Md Adie Arsham bin Md Salleh, sebelum digandakan oleh Md Mardi Mirza bin Abdullah Bujang selang 14 minit kemudian.

Kedudukan 3-0 pada minit ke-29 menerusi jaringan Saiful Arizal bin Haji Ishak, dan dua minit kemudian QAF FC terus ke depan dengan gol kedua Md Adie Arsham untuk mendahului 4-0.

Kemudian giliran Hardi anak Bujang pula mencatatkan namanya dalam buku catatan penjaring pada minit ke-34, dan kedudukan 5-0 kekal sehingga separuh masa pertama tamat.

Walau bagaimanapun, pada perlawanan di Kompleks Sukan Berakas itu, QAF FC terus menambah gol keenam, enam minit selepas rehat menerusi rembatan Md Mardi Mirza.

 http://mediapermata.brunei-online.com/wp-content/uploads/2014/06/p21_1_20140627.jpg

Md Mardi Mirza (kanan) mencipta hatrik pada minat ke-85 untuk gol kelapan QAF FC dalam kemenangan 8-0 ke atas Wijaya FC.

Pada minit ke-64 kedudukan menjadi 7-0 apabila Afindi Yati bin Tuah pula menyumbangkan gol buat QAF FC, dan ketika jaringan 7-0 sudah cukup besar, Md Mardi Mirza masih sempat mencipta hatrik apabila melencongkan bola dari sepakan percuma depan kotak Wijaya FC yang menerjah gawang kiri untuk gol kelapan QAF FC.

QAF FC setakat ini sudah mengumpul 17 mata, satu baki permainan, dengan lawan terakhirnya September nanti adalah pendahulu Indera SC, dan satu-satunya peluang untuknya mencapai 20 mata adalah menjadi pasukan pertama mengalahkan Indera SC. Indera SC hanya perlu seri dengan QAF FC untuk mengesahkan kejuaraan musim ini.

Dengan kekalahan ini, Wijaya FC menamatkan kempen Liga Super dengan 14 mata selepas menang empat, dua seri dan 10 kalah untuk selesai di tangga ketujuh selepas pasukan Jerudong FC seri 0-0 dengan Najip FC malam ini untuk menamatkan kempen dengan hanya 12 mata.

Jerudong FC, Najip akhiri musim tanpa gol

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Jun – Jerudong FC menamatkan kempennya dalam Liga Super DST-NFABD musim ini dengan keputusan seri tanpa jaringan dengan pasukan di tangga ketiga, Najip FC malam tadi.

Pada perlawanan di Padang & Balapan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah berkenaan, Jerudong FC yang lebih banyak melakukan serangan-serangan bahaya, cuma saja penyudah yang tumpul menggagalkan Jerudong FC dari mendapatkan gol.

Najip FC yang perlu menang untuk mendekatkannya hanya dua mata di belakang pasukan di tempat kedua, MS ABDB (31 mata) dengan jumlah permainan yang sama iaitu 14 permainan, jelas kurang menyerlah malam tadi dan Jerudong FC yang jelas lebih layak untuk menang.

Di hujung permainan iaitu pada masa kecederaan, pemain Jerudong FC, Reniel bin Ruani telah dibuang padang, namun kelebihan seorang pemain hanya pada masa kecederaan jelas tidak memberikan sebarang kelebihan kepada Najip FC untuk sempat mencatatkan jaringan, maka perlawanan berkesudahan mengecewakan penonton dengan jaringan 0-0.

Keputusan seri itu hanya menaikkan mata Najip FC dari 26 mata kepada 27 mata, empat mata di belakang MS ABDB. Kedua-dua pasukan masih mempunyai baki dua permainan termasuk pertembungan di antara keduanya pada September nanti.

 http://mediapermata.brunei-online.com/wp-content/uploads/2014/06/p21_2_20140627.jpg
Aksi Jerudong FC (biru) dengan Najip FC di Padang & Balapan, KSNHB yang berkesudahan
seri tanpa jaringan.
 
Maka Najip FC masih berpeluang untuk meraih gelaran naib juara, dengan syarat ia mesti menewaskan MS ABDB September nanti di samping mengalahkan Indera SC di perlawanan berikutnya, dan kemudiannya mengharapkan Indera SC membantunya dengan menewaskan MS ABDB di perlawanan penutup Liga Super September nanti.

Jerudong FC menamatkan kempennya musim ini dengan 12 mata hasil dari 2 menang, 6 seri dan 8 kalah, untuk menduduki tempat kelapan Liga Super, lima mata di depan Kilanas FC di tangga kesembilan dan hanya dua mata di belakang Wijaya FC di tangga ketujuh. – Hasrulraizan

Thursday, June 26, 2014

Najip, Jerudong share spoils


Hairol Azaman Shah Abdullah (L) of Jerudong FC and Abd Afiq Roslan of Najip FC vie for ball possession during their DST Super League match last night.BT/ Yee Chun Leong 
 
Thursday, June 26, 2014

NAJIP FC and Jerudong FC shared the spoils after they played out to a 0-0 stalemate in the DST Super League last night.

Jerudong had the bulk of the chances but Najip goalkeeper Abd Hafiz Abd Rahim was in brilliant form to deny his opponents at the Balapan Track and Field of the Hassanal Bolkiah National Sports Complex in Berakas.

Mohd Bazli Mohd Said came close in the 23rd minute for Jerudong with an attempt from inside the box, only to see his attempt go inches wide off the post.

Muhd Arif Ali Rahman tried a long range shot five minutes later but Abd Hafiz got his fingertips to it.
The next chance for Jerudong came in the 33rd minute after Hidayatur Rahim Aliuddin put Muhd Arif through but Abd Hafiz put up an acrobatic save to deny the goal.

Jerudong almost got in front on the hour mark through Mohd Esmendy Brahim after he fired a low shot but Abd Hafiz managed to push the ball out for a corner.

Najip FC had a good chance four minutes later but Abd Afiq Roslan saw his shot deflect off a Jerudong defender and just over the crossbar.

Jerudong captain Hj Shariful Bahrin Hj Zainal got a shot on target in the 72nd minute but the Najip custodian once again came up with another save.

Another chance came begging for Jerudong two minutes later but Reniel Ruani had his shot denied by Abd Hafiz.

Ampuan Mohd Endy Azri Ampuan Hj Idris almost stole all three points for Najip in the 88th minute but Jerudong custodian Mohd Adri Abd Kahar was not to be beaten at the near post.

Jerudong would finish the match with 10 men after Reniel was sent off for a challenge in injury time.

Hj Md Jalaluddin Hj Ghazali, the Jerudong head coach, felt that it was a fair result.

“It is a fair result as we haven’t been training as much. The players are demotivated as we have had a lot of games postponed,” said Hj Md Jalaluddin in an interview with The Brunei Times after the match.

“It killed the momentum for us but our performance tonight (Wednesday night) was alright. I’m still happy eventhough we would have loved to win it,” he added.

Najip assistant coach Noor Masaidirwan Md Saini shared the same sentiments.

“It was a fair result for us both as the match was 50/50,” said Noor Masaidirwan.

“We didn’t have a full squad as a lot of players are out with injuries or suspensions,” he added.

It was a goalfest in the other match as QAF FC thrashed Wijaya FC 8-0 at the Berakas Sports Complex in Berakas.

Md Mardi Mirza Abdullah Bujang notched a hat-trick while Md Ardie Arsham Md Salleh found the back of the net twice.

Sairful Arizal Hj Ishak, Hardi Anak Bujang and Afindi Yati Tuah also got their names on the scoresheet.

The competition will now take a break and the remaining matches will only be contested in September after the festive season.

Indera SC continue to lead the nine-team table on 37 points from 13 matches.

The Royal Brunei Armed Forces are their closest rivals on 31 points but have played a game more.

Najip are in third on 27 points while both the Royal Brunei Police Force Sports Council and Liang Lumut Recreation Club are on 23 points from 16 matches.

The Brunei Times

LEADING GOAL SCORER


KEDUDUKAN TERKINI LIGA SUPER DST 2014


KEPUTUSAN LIGA SUPER DST 2014



Monday, June 23, 2014

Najip FC belasah Wijaya


Oleh Hasrulraizan

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Jun – Najip FC membelasah Wijaya FC 5-2 malam tadi untuk mengesahkan tiga tempat teratas Liga Super DST-NFABD 2014 menjadi miliknya, sekurang-kurangnya tempat ketiga dan setinggi-tingginya tempat kedua.

Ampuan Md Endy Azri bin Ampuan Haji Idris membuka tirai jaringan buat Najip FC pada minit ke-9, namun Md Adiman bin Yakub @ Sulaiman berjaya menjadikan kedudukan 1-1 tujuh-belas minit kemudian.

Tiga minit sebelum rehat menyaksikan Noor Raimi bin Karim @ Syahremy menyempurnakan sepakan penalti untuk membawa Najip FC ke depan semula dengan jaringan 2-1, dan kedudukan itu kekal sehingga pengadil meniupkan wisel penamat.

Pada minit ke-63, Md Azri bin Zahri membawa Najip FC ke depan dengan jarak dua gol, sebelum Abdul Al-Wardi bin Abdul Hamid menambah satu gol lagi buat Najip FC pada minit ke-83 sekali gus merubah kedudukan kepada 4-1.

 http://mediapermata.brunei-online.com/wp-content/uploads/2014/06/PAGE21_20140623_C.jpg

Ampuan Md Endy Azri (9) menjaringkan dua gol dalam kemenangan 5-2 Najip FC ke atas Wijaya FC (biru).

Walaubagaimanapun Ampuan Md Endy Azri bin Ampuan Haji Idris berjaya menghasilkan gol kedua peribadinya malam itu bagi gol kelima Najip FC pada minit ke-87, dan tatkala perlawanan dijangka selesai pada kedudukan 5-1, Abang Md Fakhri bin Abang Jaludin sempat meledakkan jaringan buat Wijaya FC pada minit ke-90.

Jika Najip FC menang tiga baki perlawanannya, Najip FC akan mengumpul 35 mata, yang membolehkannya meraih naib juara Liga Super, itupun jika MS ABDB gagal mendapatkan sekurang-kurangnya empat mata dari baki dua permainannya.

Wijaya FC yang gagal meraih sebarang mata malam tadi kini hanya berbaki 1 permainan saja lagi, kekal di tangga ke-7 dengan 14 mata dari 15 permainan, mengumpul 14 mata sama dengan QAF FC, yang kalah 2-3 kepada Jerudong FC malam tadi, namun QAF FC masih memiliki baki tiga permainan.