Search This Blog

Monday, January 27, 2014

Najip FC buat rombakan besar

Oleh Hasrulraizan

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Jan – Najip FC bernafas baru bagi menghadapi Liga Super DST-NFABD 2014 apabila membuat rombakan besar dengan hanya mengekalkan seorang sahaja pemainnya musim lalu iaitu pemain tengahnya, Daud Haji Tengah.

Di bawah kepimpinan pengurusan baru diterajui Haji Rahman Haji Ali selaku Pengurus, Haji Zulkifli Haji Momin selaku Penolong Pengurus, Johari Bungsu sebagai Jurulatih dan Normasairwan Md Sani sebagai Penolong Jurulatih, pasukan tercorot musim lalu itu kini cukup bersedia menghadapi Liga Super musim ini dengan sasaran menjadi antara “5 Pasukan Teratas”.

Dalam temubual eksklusif bersama Media Permata, Jurulatih Najip FC, Johari memberitahu bahawa skuad Najip FC kali ini diseimbangkan antara para pemain senior dengan para pemain muda.
Beliau mendedahkan bahawa barisan pemain muda Najip FC termasuklah dua orang pemain yang baru saja pulang dari mewakili Negara Brunei Darussalam dalam acara bolasepak di Sukan SEA 2013, Myanmar iaitu penjaga gawang, Abdul Hafiz Abdul Rahim dan pertahanan, Azri Zahari.

 http://mediapermata.brunei-online.com/wp-content/uploads/2014/01/PAGE24_2701083552620.jpg

Skuad baru Najip FC untuk saingan Liga Super DST-NFABD musim ini hanya mengekalkan seorang pemain dari musim lalu
.
Menurut Johari, pada masa ini seramai enam orang pemain muda berbakat Najip FC sedang giat menjalani latihan di Kem Latihan Piala HBT 2014.

Selain itu, barisan kali ini juga diperkuatkan dengan beberapa pemain berpengalaman yang sebelum ini bermain dengan pasukan lain semasa Liga Super DST musim lalu seperti Yusuf Salleh, Ratano Tuah dan Abang Norsilmy Abang Haji Taha, ceritanya lanjut.

Johari memberitahu Media Permata bahawa mereka sudah mula serius berlatih sejak November 2013 yang lalu, manakala menyentuh mengenai pemilihan pemain menurutnya telah mereka jalankan pada Jun 2013 selain turut menawarkan kontrak kepada beberapa orang pemain dari kelab lain.

“Matlamat Najip FC musim ini bukan sekadar sebagai pasukan pelengkap jadual ataupun seperti tahun lalu bagi pasukan lain mencari gol sebanyak mungkin tetapi menyasarkan kedudukan lima teratas liga dan oleh kerana itulah bagi musim ini kita telah membuat rombakan secara besar-besaran.”

Skuad Najip FC bagi Musim 2014 ini dibarisi dua orang penjaga gawang, tujuh pemain pertahanan, lapan pemain tengah dan tiga orang penyerang, dedah Johari.

Penjaga gawang mereka ialah Ron Junior Philip dan Abdul Hafiz Abdul Rahim, manakala para penyerang terdiri daripada Haji Khairul Haji Yaakup, Al-Wardy Abdul Hamid dan Abang Nur Hilman Abang Nor Hilmy.

Pertahanannya pula diperkukuh oleh Matnoh Haji Johari, Yusuf Salleh, Azri Zahari, Alex Asmawi, Abdul Azim Abdul Rahman, Ratano Tuah dan Md Helman Hanafizal Helman.

Manakala pemain tengahnya pula diperkuat oleh Nooraimi Karim, Abang Norsilmy Abang Haji kanTaha, Md Hanif Hamir, Md Karimurrizal Kasmi, Md Maududi Kasmi, Daud Haji Tengah, Md Faiz Fakhrulrazi dan Md Aminuddin Zakwan Tahir.

Najip FC sepatutnya mula bermain pada petang ini menentang pasukan LLRC FT di Padang Arena, Seria, Belait tetapi perlawanan mereka telah ditunda disebabkan oleh keadaan cuaca dan padang yang tidak mengizinkan seperti juga perlawanan malam ini antara Majlis Sukan Polis Diraja Brunei dengan Wijaya FC di Kompleks Sukan Berakas dan kelmarin malam, 25 Januari, di Balapan & Padang, Kompleks Sukan Negara HassanalBolkiah antara Majra United dengan Kilanas FC.

No comments:

Post a Comment