Search This Blog

Sunday, November 12, 2017

Shafie wira Indera benam Kasuka

Oleh Mohamad Asyramisyanie

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Nov – Indera SC menarik nafas lega apabila berjaya mencuri satu jaringan untuk memastikan tiga mata penuh ketika menentang Kasuka FC dalam perlawanan Liga Super Brunei DST di Balapan dan Padang, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.
Jaringan Mohd Shafie Haji Mohd Effendy pada minit ke-30 babak pertama memberikan tekanan kepada Kasuka FC dan menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas-balas serangan.
Beliau sekali lagi nyaris menjaringkan gol pada minit ke-36 apabila mendapat umpanan daripada rakan sepasukannya, namun cubaan lencongannya hanya melepasi sudut atas palang gol Kasuka, kedudukan kekal 1-0 sehingga rehat separuh masa..
Pada babak kedua, Kasuka tampak lebih tajam apabila mengatur serangan demi serangan ke kubu Indera, namun pujian perlu diberikan kepada barisan pemain Indera SC kerana tenang mengawal perlawanan. Babak kedua kekal tanpa jaringan dan kemenangan menjadi milik Indera SC.
Mohd Shafie (kiri) menjadi wira pasukannya dengan menjaringkan gol tunggal perlawanan, sekaligus membantu Indera SC menang 1-0 ke atas Kasuka FC. – Gambar oleh Hasrulraizan

No comments:

Post a Comment