Search This Blog

Tuesday, February 20, 2018

MS PDB singkirkan Kota Ranger


Oleh Mohamad Asyramisyanie

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Feb – Pasukan Majlis Sukan Polis Diraja Brunei (MS PDB) mara ke peringkat seterusnya selepas menewaskan naib juara Liga Super Brunei DST 2017, Kota Ranger FC dengan jaringan 4-2 dalam saingan Piala FA.
Perlawanan yang berlangsung di Kompleks Sukan Berakas itu menyaksikan Mohd Forish Aryani Abdul Rahman menjaringkan dua gol untuk meletakkan MS PDB di depan di separuh masa kedua.
Kota Ranger FC cuba bangkit menerusi jaringan Awangku Ammar Syafie Pengiran Hassanuddin pada minit ke-70, namun MS PDB kembali dengan kelebihan dua gol menerusi gol Abang Azim Abdul Rashid.

Abang Azim (kanan) ketika meledakkan gol ketiga MS PDB selepas memperdaya dua pertahanan Kota Ranger FC baru-baru ini. – Gambar oleh Hasrulraizan

Mohd Fazizzul Hussin memastikan kemenangan MS PDB dengan jaringan keempat pasukannya, meskipun Kota Ranger FC kemudian menjaringkan satu gol lagi menerusi Abu Suffian Haji Adanan di saat-saat akhir namun ia sudah terlambat.
Dalam perlawanan lain, Pasukan Kasuka FC menghancurkan harapan Najib I Team apabila membelasah pasukan itu dengan jaringan 5-0, di Kompleks Sukan Berakas.
Setakat ini hanya tinggal satu perlawanan lagi untuk melengkapkan jadual perlawanan suku akhir Piala iaitu antara Indera SC dan IKLS FC. Manakala pasukan-pasukan yang sudah mara adalah Jerudong FC, Wijaya FC, Kasuka FC, Tabuan Muda A, MS PDB, DSP United dan MS Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

No comments:

Post a Comment