Oleh Mohamad Asyramisyanie
BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Feb – Peluang Kota Ranger FC mengejar pendahulu liga, Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MS ABDB) semakin tipis selepas terikat seri 1-1 dengan Pasukan Tabuan Muda A dalam aksi Liga Super Brunei DST 2017.
Perlawanan yang berlangsung di Padang dan Balapan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas itu menyaksikan Kota Ranger FC terpaksa akur dengan jaringan penyamaan pada 10 minit terakhir Tabuan Muda A menerusi Mohd Nur Asyraffahmi bin Nor Samri.
Kota Ranger tampak lebih bertenaga sepanjang perlawanan apabila Mohd Faiz Farhan bin Kamat menjaringkan gol pembukaan buat Kota Ranger pada minit ke-25.
Sementara itu, pada perlawanan kedua minggu ini menyaksikan Pasukan Wijaya FC terpaksa akur dengan kekalahan di tangan Indera SC dalam perlawanan yang berlangsung di Kompleks Sukan Berakas, dengan jaringan 2-0.
Jaringan sendiri Badrul Anak Bujang pada minit ke-28 menjadi pemangkin Indera SC sebelum Suhaimi Anak Sulau menjaringkan gol kemenangan Indera SC pada minit ke-82, sekali gus membuka peluang Indera SC untuk menyaingi Kota Ranger FC bagi merebut tempat kedua liga musim ini.
No comments:
Post a Comment