Search This Blog

Monday, December 17, 2012

QAF, Indera sama hebat



Oleh H J Rahim

Penyerang QAF Ardie Arsham (jersi merah) cuba merampas bola daripada pertahanan dan penjaga gol Indera.

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Dis - Pasukan QAF FC dan Indera SC terpaksa berpuas hati dengan berkongsi mata selepas terikat dengan jaringan 2-2 pada perlawanan sulung mereka di Liga Super DST 2012/13 di Padang dan Belapan, Berakas, petang tadi.

Liga Super pertama anjuran Persatuan Bola Sepak Negara Brunei Darussalam (NFABD) yang menyenaraikan pasukan terbaik kebangsaan menyaksikan pertemuan menarik sekalipun kedua pasukan bermula lembab mencari rentak sebenar.

Namun pasukan Indera lebih awal lega apabila Muhammad Khayrun Salleh bijak menewaskan penjaga gol QAF Junaidi Akim pada minit ke-11.

Selepas ketinggalan, anak buah Rahim Haji Daud mula bangkit dengan gerakan pantas sehingga Petrus Jumat tidak menghadapi masaalah untuk memperdayakan penjaga gol Indera Mohd Norul Zulhimi Mustapa pada minit ke-25 untuk menyamakan kedudukan 1-1.

Perlawanan semakin menarik apabila kedua pasukan saling bertukar serangan tetapi hampa dengan asakan yang tidak menjadi sehingga babak pertama berakhir.

Penyerang QAF Adie Arsham yang kerap terlepas peluang sebelum ini berjaya menutup kehampaan apabila menjaringkan gol pada minit ke-78.

Namun, Indera yang kecewa selepas kempunan menjulang Piala FA apabila tumpas kepada MS ABDB tidak mahu mimpi ngeri itu berulang kembali terutama ketika membuka tirai Liga Super musim ini.


Mohammad Aqmal Hakeem Abd Hamid menjadi menyelamat pasukan Indera apabila penyerang lincah itu berjaya menyamakan kedudukan pada minit terakhir waktu kecederaan untuk kedudukan 2-2.

Sementara itu semalam, pasukan Majra FC turut berkongsi jaringan 2-2 dengan pasukan Jerudong FC.


No comments:

Post a Comment