Oleh Hasrulraizan
BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Sept – Indera SC membuktikan ia berada pada tahap terbaik berbanding pesaing Liga Super DST-NFABD 2014 yang lain apabila mudah menjinakkan pasukan tempat ketiga, Najip FC 5-1.
Kedudukan selepas separuh masa pertama berakhir 4-0, dengan ledakan gol pertama terhasil seawal minit ke-3 menerusi larian solo pantas Md Asri bin Haji Aspar dari bulatan tengah padang, sebelum dia menunjukkan kenapa dia terpilih mewakili Brunei Darussalam dalam HBT2014 apabila dengan tenangnya melambungkan bola melepasi Ron Junior Philip yang meluru keluar.
Pada minit ke-15 Hamizan Aziz bin Sulaiman pula melakukan larian dari bulatan tengah, menguis bola melangkaui Ron yang cuba menghalangnya di luar kotak dan berlumba dengan Ratano bin Haji Tuah mendapatkan bola yang menuju ke gawang kosong dan memenangi perlumbaan itu walau sekadar sentuhan hujung kaki kanannya untuk gol kedua Indera SC.
Gol ketiga Indera SC yang hadir pada minit ke-32 agak berbeza, kali ini menerusi larian Hamizan Aziz di sayap kanan sebelum dia melakukan hantaran silang rendah ke tengah kotak yang disambut tendangan silang Md Khairul Anwar bin Abdul Rahim untuk merubah kedudukan kepada 3-0.
Ketika masa babak pertama hampir berakhir, pertahanan Najip FC melakukan kesilapan besar apabila membuat hantaran ke belakang kepada Ron ketika bekas pemain QAF FC, Sam Prank berada berhampiran untuk mencuri bola sebelum sempat Ron menyentuhnya.
Separuh kedua perlawanan di Stadium Negara Hassanal Bolkiah itu menyaksikan kemasukan penjaring utama Najip FC, Abng Nor Sillmy bin Abang Haji Taha membuahkan hasil apabila berjaya merapatkan jurang pada minit ke-76.
Namun tujuh minit sebelum perlawanan tamat, Md Asri sekali lagi membuktikan kehebatannya dengan gol kedua peribadi dan kelima pasukannya untuk selesai dengan 5-1.
Hanya seri sekali dalam kempennya musim ini manakala selebihnya semua catatan kemenangan, Indera SC sudah mengumpul 43 mata dari 15 perlawanan, hanya satu perlawanan lagi menentang pasukan tangga kedua MS ABDB pada 13 September ini sebagai penutup tirai Liga Super DST-NFABD 2014.
Tiga tempat teratas Liga Super DST-NFABD sudah pun sah menjadi milik Indera SC (43 mata), MS ABDB (34 mata) dan Najip FC (27 mata), maka perlawanan terakhir antara Indera SC dengan MS ABDB nanti hanya sekadar menjadi medan untuk membuktikan kekuatan masing-masing dan rekod tanpa kalah buat Indera SC.

No comments:
Post a Comment