Search This Blog

Tuesday, August 25, 2015

MS ABDB balas dendam

Oleh Hasrulraizan

TUTONG, 24 Ogos – MS ABDB menghadiahkan kekalahan pertama kepada juara bertahan, Indera SC dalam Liga Super DST 2015 untuk menghidupkan kembali peluangnya merampas kejuaraan liga musim ini selepas misinya itu dilihat goyah akibat tewas mengejut kepada Jerudong FC pada 16 Ogos lalu.

Kemenangan ulangan perlawanan terakhir Liga Super DST musim lalu dengan jaringan yang sama, 2-1 itu tidak dicapai dengan mudah dan hanya hadir empat minit dalam masa kecederaan menerusi jaringan 17257 Lans Korporal Haji Mohd Yusof bin Haji Md Yassin.

Kalah mengecewakan 2-3 kepada Jerudong FC baru-baru ini membayangi persembahan para pemain MS ABDB, menyedari lawannya kali ini, Indera SC telah membelasah Jerudong FC 4-0 pada 2 Ogos lalu.

Tiada siapa dapat menyangkal persembahan bertenaga MS ABDB sehingga ke penghujung perlawanan terbukti menjadi perbezaan kepada keputusan perlawanan sengit berkenaan.

MS ABDB menerajui separuh masa pertama dengan jaringan 1-0 sehingga selesai hasil jaringan 50015 Soldadu Razimie bin Ramli pada minit ke-35.
MS ABDB memberikan kekalahan pertama kepada Indera SC menerusi jaringan lewat masa kecederaan, pada minit ke-94.
MS ABDB memberikan kekalahan pertama 
kepada Indera SC menerusi jaringan lewat masa 
kecederaan, pada minit ke-94.
Namun hanya dua minit selepas rehat Indera SC berjaya mendapatkan gol penyamaan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Mohammad Asri bin Haji Aspar.

Ketika perlawanan dilihat akan berakhir dengan kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati dengan berkongsi satu mata, Lans Korporal Haji Mohd Yusof muncul menjadi wira MS ABDB dengan ledakan gol penting pada minit ke-90+4 yang sekaligus memberikan MS ABDB tiga mata sangat bernilai.

MS ABDB semakin kukuh di puncak Liga Super DST 2015 dengan 24 mata dari 9 perlawanan, lima mata di depan Indera SC yang masih memiliki satu perlawanan dalam tangan. Najip I-Team di tempat ketiga dengan 18 mata dari 9 permainan, sementara Wijaya FC di tangga keempat dengan 17 mata, juga dari 9 perlawanan.

No comments:

Post a Comment