Search This Blog

Friday, December 18, 2015

MS ABDB lawan Indera SC Ahad ini

TUTONG, 17 Dis – Gelaran ‘Juara Berganda Musim 2015’ dan ‘Hatrik Piala FA DST’ kini menanti untuk dilakar MS ABDB menjadi sejarah arena bola sepak Brunei Darussalam sejak Liga Super DST dan Piala FA DST diperkenalkan oleh NFABD pada 2013.

Masih segar menjulang kejuaraan Liga Super DST 2015 pada 13 Disember lalu, MS ABDB kekal dalam laluan menjadi pasukan pertama turut menjulang Piala FA DST pada musim yang sama apabila berjaya menewaskan pasukan kejutan, Tabuan Muda, 2-1 di perlawanan separuh akhir kedua Piala FA DST 2015 malam tadi.

Tabuan Muda memberikan saingan sengit kepada pasukan tentera yang sudah menjulang Piala FA DST dua tahun berturut-turut (2013 dan 2014) berkenaan sehinggakan separuh masa pertama perlawanan di Kompleks Sukan Tutong itu berakhir tanpa jaringan.

Separuh masa kedua kekal tanpa jaringan sehinggalah perlawanan memasuki suku kedua apabila tiga jaringan berjaya dihasilkan, dua oleh MS ABDB dan satu oleh Tabuan Muda.

Tirai jaringan dibuka oleh Soldadu Razimie bin Ramli pada minit ke-62 untuk MS ABDB mendahului 1-0 tetapi penyerang muda sensasi Brunei Darussalam, Mohd Nur Syazwan bin Halidi mengejutkan pertahanan MS ABDB dengan jaringannya pada minit ke-67 untuk mengikat kedudukan pada 1-1.
Final Piala FA DST 2015 akan menyaksikan pertembungan ‘heavyweight’, MS ABDB (biru) lawan Indera SC (hijau), dua pasukan terkuat tanahair ketika ini.
Final Piala FA DST 2015 akan menyaksikan pertembungan ‘heavyweight’, 
MS ABDB (biru) lawan Indera SC (hijau), dua pasukan terkuat tanahair ketika ini.
Walau bagaimanapun kegembiran Tabuan Muda hanya seketika apabila Soldadu Razimie sekali lagi berjaya membolosi gawang Tabuan Muda, hanya lapan minit kemudian iaitu pada minit ke-75 untuk mengekalkan pendahuluan satu gol MS ABDB, kali ini dengan jaringan 2-1.

Tanpa ada lagi jaringan dihasilkan dalam tempoh baki lima belas minit perlawanan, MS ABDB meraikan kejayaannya berjaya layak ke final Piala FA DST buat tahun ketiga berturut-turut sekaligus membuat temu janji dengan musuh tradisinya, Indera SC.

Indera SC yang kehilangan mahkota Liga Super DST kepada MS ABDB pastinya menghidu peluang untuk membalas dendam dengan merebut mahkota kejuaraan Piala FA DST daripada tangan juara bertahan, MS ABDB.

Indera SC pernah melakukannya pada Januari 2015 apabila merebut Perisai Sumbangsih DST 2015 daripada MS ABDB dengan mengalahkan pasukan tentera itu 2-0, tetapi dalam Pusingan Pertama Liga Super DST 2015 MS ABDB menang 2-1 ke atas Indera SC untuk mengimbangi semula pertemuan antara kedua-dua pasukan musim ini.

Apa yang pasti para peminat bola sepak tanah air boleh menjangkakan perlawanan hebat antara dua pasukan terkuat tanah air ini bagi menutup tirai jadual perlawanan bola sepak berprestij bertaraf kebangsaan musim ini yang akan berlangsung pada Sabtu, 19 Disember ini di Stadium Negara Hassanal Bolkiah bermula pukul 9:00 malam. – Hasrulraizan

No comments:

Post a Comment