Search This Blog

Monday, January 8, 2018

Piala FA buka tirai 2018



Oleh Mohamad Asyramisyanie

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Jan – Piala FA Brunei DST membuka tirai bagi tahun 2018 ini dengan menyaksikan dua perlawanan iaitu antara Lun Bawang FC menentang Jerudong FC dan FC Setia Perdana menentang Tabuan A.
Hari ini menyaksikan perlawanan antara pasukan Lun Bawang FC menentang Jerudong FC di Kompleks Padang dan Balapan Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.
Gol pembuka tirai di jaringkan oleh Amir Anak Bujang pada minit ke-12 untuk Jerudong FC, sebelum Lun Bawang FC berjaya menyamakan kedudukan di minit ke-37 perlawanan oleh Awang Yansen Efendi, menjadikan kedudukan seri 1-1 sehingga tamat separuh masa pertama.
Pada minit ke-57 Jerudong FC berjaya menjaringkan gol melalui Awang Enddy Soeharfy bin Awang Safar, sebelum Amir Anak Bujang sekali lagi berjaya menjaringkan gol dua minit selepas itu bagi mengikat jaringan 2-2.

Pasukan Jerudong FC sebelum perlawanan di Kompleks Padang dan Balapan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah di Berakas di sini.

Namun pasukan Jerudong FC yang lebih tampak dominan di dalam perlawanan hari ini, menyaksikan Awang Abdul Aziz bin Hassan muncul wira untuk menjaringkan gol pada minit ke-84 dan sekaligus memastikan kemenangan bagi Jerudong FC ke atas Lun Bawang FC dengan jaring 3-2.
Manakala, perlawanan pada Jumaat lalu di Kompleks Sukan Berakas menyaksikan Setia Perdana terpaksa akur dengan kekalahan 2-0 di tangan Tabuan A. Jaringan gol daripada Awang Mohd Aminuddin bin Masri pada minit ke-10 dan Awang Nazhan bin Zulkifle pada minit ke-15 telah membawa Tabuan A meraih kemenangan.
Dalam perlawanan itu juga menyaksikan tiga pemain Setia Perdana dilayangkan kad merah antaranya Haji Rahimni bin Haji Pundut dan Awang Rusydi Said bin Abdullah Adak setelah mereka masing-masing meraih kad kuning kedua. Sementara itu Awang Roslan bin Haji Rosli pula dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan.

No comments:

Post a Comment