Search This Blog

Sunday, December 11, 2011

ABDB seri 2-2 dengan Polis


BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Dis - Pasukan MS ABDB dan MS Polis DB terpaksa berpuas hati apabila kedua pasukan berkongsi mata selepas sekadar terikat jaringan 2-2 pada perlawanan menarik Liga Bola Sepak Kebangsaan DST 2011-2012 di Kompleks Sukan Berakas, petang tadi.

Kedua pasukan yang mahu memburu kemenangan sulung bagaimanapun menyaksikan pertemuan yang seimbang sehingga rentak berhati-hati kedua pasukan membuat gawang kedua pasukan gagal dibolosi.
...
Namun, suntikan semangat penyokong kedua pasukan sedikit merancakkan perlawanan dibabak kedua dan MS ABDB lebih awal memecah kebuntuan jaringan apabila Dahari Haji Md. Yussof menemui sentuhan di minit ke 66 untuk mendahului lawan.

Keceriaan pasukan MS ABDB tersentak seketika apabila MS PDB pula berjaya menyamakan kedudukan menerusi Khalid Mustapa di minit ke 81 dan seminit sebelum Md. Naijb Haji Tarif berjaya mendahului jaringan 2-1.

Semangat juang MS ABDB tidak terkubur sekalipun ketinggalan jaringan dan ternyata kesungguhan mereka berbaloi apabila Mohammad Yusof Haji Matyassin tidak mensia-siakan peluang terhidang untuk menghukum kealpaan lawan di minit kecederaan untuk menyamakan kedudukan 2-2.

No comments:

Post a Comment