Search This Blog

Monday, April 28, 2014

Wijaya bangkit benam MS PDB


BANDAR SERI BEGAWAN, 27 April – Persembahan turun naik Wijaya FC dalam Liga Super DST-NFABD berterusan malam tadi dan malam tadi telah menunjukkan sudut kecemerlangannya pula dengan menewaskan pasukan tempat ketiga, MS PDB 4-3.

Ia merupakan kemenangan keduanya ke atas MS PDB selepas turut menewaskan pasukan berkenaan dalam perlawanan pusingan pertama kedua-dua pasukan pada 12 April lalu dengan jaringan 2-1.

Persembahan malam tadi membuktikan Wijaya FC merupakan pencabar kuat, namun tewas kepada Kilanas FC 0-2 pada 19 April lalu pula memperlihatkan sudut sebaliknya.

 http://mediapermata.brunei-online.com/wp-content/uploads/2014/04/P22_3_20140428.jpg

Penjaring dua gol Wijaya FC, Khalil (jersi 17) menyaksikan rakannya berebut bola dengan pemain MS PDB.

Pada perlawanan di Kompleks Sukan Berakas itu Wijaya FC sudah mendahului 2-0 di babak pertama sebelum mendahului 4-1 pada minit ke-59, diikuti kebangkitan lewat MS PDB untuk menjaringkan dua gol lagi.

Jamri Johari dan Kalil Saab masing-masing menjaringkan dua gol malam tadi dan apa yang menarik kedua-duanya meledakkan sebiji gol pada setiap separuh masa, manakala penjaring MS PDB Rosmini Haji Abdul Kahar, yang menjaringkan dua gol, dan yang satu lagi dijaringkan PC Md Nazirul Arsat.

Jamri membawa Wijaya FC ke depan pada minit ke-17, manakala Khalil menjadikan kedudukan 2-0 dengan sentuhan terakhir perlawanan di separuh masa pertama. Rosmini merapatkan jaringan, enam minit selepas rehat, namun Wijaya FC semakin menjauh dengan jaringan dua gol dalam tempoh empat minit iaitu menerusi Jamri pada minit ke-56 dan Khalil pada minit ke-59.

Walau bagaimanapun, MS PDB belum mengalah dan terus berjuang sehingga berjaya membolosi Wijaya FC pada minit ke-69 menerusi Korporal Rosmini bagi merubah kedudukan jaringan kepada 2-4.
Jaringan PC Md Nazirul pada minit ke-76 menjadikan detik 14 minit perlawanan sangat menarik dengan MS PDB cuba mendapatkan gol penyamaan sementara Wijaya FC cuba mempertahankan pendahuluan.

Kemenangannya itu membolehkannya naik menjadi pasukan lima kelompok teratas dengan 13 mata, hanya satu mata di depan LLRC FT dan QAF FC, masing-masing di tangga keenam dan ketujuh. – Hasrulraizan

No comments:

Post a Comment