Search This Blog

Tuesday, November 14, 2017

Kota Rangers pintas MS ABDB

Oleh Mohamad Asyramisyanie

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Nov – Kota Rangers FC berjaya memintas Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MS ABDB) di kedudukan teratas Liga Super Brunei DST 2017 selepas menewaskan Lun Bawang FC 3-1 di Kompleks Sukan Batu Apoi.
MS ABDB tercicir mata semalam selepas seri tanpa jaringan menentang Majlis Sukan Polis Diraja Brunei (MS PDB) di Kompleks Sukan Berakas.
Lun Bawang FC terpaksa akur dengan kehebatan Kota Rangers FC apabila dibolosi di awal perlawanan menerusi jaringan Mohd Hafis. Namun pasukan tuan rumah cuba bangkit dan berjaya mengurangkan defisit menerusi Christopher ketika perlawanan berbaki enam minit.
Bagaimanapun, pemain Kota Rangers FC, Fathurrahman memastikan tiga mata milik pasukannya dengan jaringan ketiga pada minit ke-87.
Dengan kemenangan itu, Kota Rangers FC kini berada satu mata di hadapan MS ABDB, mankala Indera berada ke tangga ketiga liga dengan 29 mata, dua mata di hadapan PasukanWijaya yang kini berada di tangga keempat.
Satu lagi perlawanan antara Pasukan Tabuan Muda B dan BSRC FT di Balapan dan Padang, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas menyaksikan BSRC FT memnang selesa 3-0.
Mohd Fakhrullah Haji Mohd Azanie membuka tirai jaringan seawal minit ketiga sebelum Herman bin Hasnal menambah satu gol lagi di separuh masa pertama. Gol ketiga BSRC dijaringkan oleh Haji Mohd Muizzuddin ketika perlawanan berbaki 10 minit.

No comments:

Post a Comment