Search This Blog

Wednesday, March 6, 2013

Indera SC atasi MS PDB 3 -1

  • Oleh:  Abu Bakar Haji Abdul Rahman
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 5 Mac. - Pasukan Indera SC masih mempunyai peluang cerah untuk menjadi juara Liga Super DST-Brunei 2012/2013 jika berjaya menumpaskan pasukan Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MS ABDB) dalam perlawanan terakhir mereka yang dijangka berlangsung pada 10 Mac depan di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

Pasukan kendalian Rosdin bin Haji Abd. Aziz ini menarik nafas lega apabila berjaya menumpaskan pasukan Majlis Sukan Polis Diraja Brunei (MS PDB) dengan jaringan 3-1, namun masih mempunyai baki satu perlawanan lagi.

Kurang selesa bagi pasukan keselamatan ini apabila menamatkan persaingan liga dengan harus menangung kekalahan pada malam ini.

Dengan kemenangan ini meletakkan kembali pasukan Indera SC berada di tempat kedua untuk berkongsi mata dengan pasukan Majra United, namun dipisahkan oleh kelebihan jaringan.

Hantaran jauh dari tengah oleh Md. Nazirul Nazreen pada minit ke-18 yang tampaknya kurang bahaya kepada Md. Azwan berjaya disudahkan dengan bola tinggi yang menerjah gawang pasukan MS PDB, selepas melihat penjaga gol lawan sudah keluar dari kedudukannya.

Reduan bin Haji Petara menjadikan kedudukan 2-0 selepas berjaya menjaringkan gol pada minit ke-60 sebelum Hamizan bin Abd. Aziz melengkapkan jaringan ketiga dua minit selepas itu.

MS PDB mendapat gol tunggal mereka melalui Koperal Rosmini bin Haji Abd. Kahar ketika perlawanan hanya berbaki empat minit.

Ketua Jurulatih Pasukan Indera SC, Haji Omar bin Haji Jamil merasakan perlawanan malam ini seimbang dan melahirkan kegembiraan di atas kejayaan tersebut.

Menyentuh perlawanan terakhir dan penentuan untuk bertemu pasukan yang masih mengekalkan rekod tanpa kalah iaitu MS ABDB, beliau mahu perlawanan tersebut sebagai medan mewujudkan kesungguhan para pemain kerana jelasnya apa pun boleh terjadi pada perlawanan akhir nanti.

Beliau juga menasihatkan para pemainnya untuk tidak merasa tertekan ketika berhadapan dengan pasukan lawan kerana, menurutnya, faktor tekanan boleh menggugat keupayaan dan kemampuan sebenar pemain.

Namun bagi beliau kedua-dua pasukan dalam perlawanan akhir nanti masih mempunyai peluang seimbang untuk menjulang piala

No comments:

Post a Comment