Search This Blog

Friday, March 15, 2013

Penyampaian hadiah Liga Super Brunei-DST 2012/2013

  • Oleh:  Abu Bakar Haji Abdul Rahman
PEMANGKU Ketua Pegawai Eksekutif DST Sdn. Bhd., Awang Suhaimi bin Haji (Foto: Abu Bakar Haji Abdul Rahman)
 
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 14 Mac. - Pasukan Indera Sport Club (SC) muncul juara Liga Super Brunei-DST 2012/2013 apabila memenangi perlawanan terakhir liga dengan menumpaskan pasukan yang sebelumnya mengekalkan kemenangan iaitu pasukan Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MS ABDB) dengan jaringan 1-0 pada 10 Mac lepas.

Sehubungan itu petang tadi diadakan Majlis Penyampaian Hadiah bagi kejohanan tersebut termasuk penjaring terbanyak yang diadakan di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

Hadir menyempurnakan penyampaian Piala Liga Super Brunei DST 2012/2013 tersebut ialah Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif DST, Suhaimi bin Awang Haji Hussain kepada Pengurus Pasukan Indera SC, Awang Rosdin bin Haji Abd. Aziz.

Juara menerima medal, piala iringan dan wang tunai $10,000.00 yang disampaikan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dato Paduka Awang Haji Mohd. Hamid bin Haji Mohd. Jaafar.

Manakala naib juara MS ABDB menerima medal, piala iringan dan wang tunai berjumlah $7,000.00 yang disampaikan oleh Timbalan Presiden NFABD, Yang Dimuliakan Pehin Datu Indera Sugara Brigedier Jeneral (B) Dato Paduka Haji Md. Yussof bin Abu Bakar.

Menerima hadiah selaku penjaring terbanyak diberikan kepada pemain Indera SC, Mohd. Azwan bin Ali Rahman dan menerima hadiah Fair Play Team diberikan kepada pasukan LLRC FC.

Juga menerima hadiah ialah pasukan-pasukan yang menjuarai Liga Kebangsaan DST 2011/2012 terdiri pasukan LLRC wakil Kumpulan 'A', QAF FC dari Kumpulan 'B', pasukan Indera SC mewakili Kumpulan 'C' dan Majra United mewakili Kumpulan 'D'.

No comments:

Post a Comment