TUTONG, 12 Ogos – Empat ledakan gol pada separuh masa
kedua termasuk hatrik Abdul Azizi bin Ali Rahman memberikan kemenangan
selesa 5-0 MS ABDB ke atas IKLS FC malam tadi. Kemenangan keduanya dalam tempoh lima hari itu membolehkan MS ABDB
menghuni puncak Liga Super DST dengan 21 mata selepas tujuh perlawanan,
tiga mata di depan juara bertahan, Indera SC, yang baru bermain enam
kali.
Abdul Azizi menjaringkan gol sulung MS ABDB pada minit kesembilan babak pertama perlawanan di Kompleks Sukan Tutong. Walaupun IKLS FC berjaya menghalang tambahan gol lawan pada babak
pertama, amukan babak kedua MS ABDB sukar dibendung terutama 18 minit
selepas rehat dengan jaringan Mohamad Aliuddin bin Haji Besar pada minit
ke-63.
Abdul Azizi menjaringkan gol kedua dan ketiga pasukan dua minit
kemudian, dan dua minit berselang beliau melengkapkan hatriknya untuk
menambah pendahuluan MS ABDB kepada 4-0. Hatrik Abdul Azizi (kanan, belakang) membantu MS ABDB membelasah IKLS FC 5-0 dalam aks Liga Super semalam.Soldadu (U) Mohammad Mazazizi bin Mazlan menambah derita IKLS FC
dengan jaringan kelima tujuh minit sebelum masa sebenar tamat sekali gus
memuktamadkan kedudukan kepada 5-0.
Pada 8 Ogos lalu, MS ABDB mencatat kemenangan keenam dengan
menewaskan Lun Bawang 2-0 di Stadium Negara Hassanal Bolkiah. Kedua-dua
golnya hadir pada separuh masa pertama melalui jaringan Mohammad
Khairuddin bin Abdul Kadir pada minit kelapan dan gol Affendy bin Haji
Akup pada minit ke-21.
No comments:
Post a Comment