Oleh Hasrulraizan TUTONG, 17 Ogos – Jerudong FC menjadi pasukan pertama menyebabkan MS
ABDB kehilangan mata dalam Liga Super DST 2015 apabila mengejutkan
pasukan tentera 3-2 malam tadi.
Mohd Hardi Bujang muncul wira Jerudong apabila meledakkan hatrik
dalam perlawanan menarik di Kompleks Sukan Tutong yang menyaksikan
Jerudong mendahului 2-0 pada separuh masa pertama.
Mohd Hardi menjaringkan gol pertama Jerudong pada minit ke-14 sebelum menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-35. MS ABDB kembali memberikan persaingan apabila Haji Mohd Yusof bin
Haji Md Yassin berjaya memecahkan kebuntuan dengan jaringannya pada
minit ke-56 untuk merubah kedudukan menjadi 1-2.
Namun, Mohd Hardi terus cemerlang apabila sekali lagi berjaya
membolosi gawang MS ABDB pada minit ke-76 untuk mengembalikan
pendahuluan dua gol Jerudong. Hardi (depan, tiga kanan) menjaringkan hatrik bagi membantu Jerudong FC mengalahkan MS ABDB dalam aksi Liga Super semalam.Sepuluh minit berselang, kedudukan menjadi 2-3 setelah Suhaime bin
Haji Mohd Yussof mencatat namanya dalam senarai penjaring, sekali gus
menaikkan semangat MS ABDB menggempur pertahanan Jerudong untuk
mendapatkan gol penyamaan.
Namun Jerudong FC berjaya menangkis serangan sekali gus memberikan
kekalahan pertama kepada MS ABDB selepas pasukan tentera itu bermula
garang dengan tujuh kemenangan berturut-turut musim ini.
Walaupun tewas, MS ABDB masih di tempat teratas dengan 21 mata
daripada lapan perlawanan, tiga mata di atas juara bertahan, Indera SC,
yang baru bermain enam kali untuk mengumpul 18 mata.
Jerudong pula kekal di tangga keenam dengan 13 mata daripada lapan
perlawanan, hanya satu mata di belakang Tabuan Muda yang sudah bermain
sembilan kali termasuk yang terbaru menang 5-1 ke atas Lun Bawang.
No comments:
Post a Comment