Search This Blog

Wednesday, June 4, 2014

Najib FC belasah Kilanas FC


Oleh Hasrulraizan

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Jun – Najip FC membelasah Kilanas FC 6-2 dalam aksi Liga Super DST-NFABD 2014 di Kompleks Sukan Berakas malam tadi untuk kembali bersaing merebut tiga kedudukan teratas. Selepas kali terakhir beraksi pada 10 Mei lalu dengan kemenangan 2-1 ke atas QAF FC berjaya melonjakkannya ke tangga kedua dengan 20 mata, di depan MS ABDB (19 mata ketika itu) dan MS PDB (18 mata ketika itu), kini Najip FC mendapati dirinya di tangga keempat dengan 23 mata dari 12 permainan.

Ini kerana MS ABDB kini sudah mengumpul 28 mata dari 13 permainan di tangga kedua, MS PDB pula di tangga ketiga dengan 25 mata dari 13 permainan, manakala Indera SC jauh di depan dengan 32 mata dari 12 permainan di persada Liga Super. Dalam perlawanan malam tadi, Najip FC sudah selesa mendahului dengan jaringan 5-2 di separuh masa pertama sebelum menambah satu gol lagi di babak kedua perlawanan untuk memuktamadkan keputusan dengan kemenangan 6-2.

 http://mediapermata.brunei-online.com/wp-content/uploads/2014/06/PAGE20-FC_0406023115684.jpg
Abang Nursillmy menjaringkan satu gol di setiap separuh masa untuk membantu Najip FC menang besar 6-2 ke atas Kilanas FC

Mohd Hanif @ Abdul Hadi bin Hamir membawa Najip FC ke depan pada minit ke-7, sebelum Abang Nursillmy bin Abang Haji Taha menggandakan pendahuluan Najip FC lapan minit kemudian. Kedudukan menjadi 3-0 pada minit ke-18 hasil jaringan Mohd Aminuddin Zakwan bin Mohd Tahir, namun Abang Hazim bin Abang Hadzman menjadikan kedudukan 1-3 pada minit ke-27, dan Kilanas FC seolah-olah bangkit mengejar apabila Izzul Wazien bin Osman pula menemui sasaran buat Kilanas FC pada minit ke-32 untuk merapatkan kedudukan kepada 2-3.

Namun dua gol dalam tempoh enam minit mengembalikan semula Najip FC mendahului dengan tiga gol, bermula dengan jaringan Ratano bin Haji Tuah pada minit ke-37 dan kemudianya pada minit ke-42 menerusi jaringan Mohd Azri bin Zahari. Sejurus perlawanan dimulakan semula selepas rehat, Abang Nursillmy tidak menunggu lama untuk menjaringkan gol kedua peribadinya bagi gol keenam dan terakhir Najip FC malam tadi iaitu tatkala masa baru berdetik seminit.

No comments:

Post a Comment