Oleh Hasrulraizan
BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Dis – MS ABDB menjadi pasukan pertama mara ke peringkat separuh akhir Piala FA DST-NFABD 2014 melalui kemenangan bergaya 4-0 ke atas Kilanas FC di Kompleks Sukan Berakas (KSB) malam tadi.
Kemenangan yang diperolehi tidak semudah dijangka apabila MS ABDB mengalami kesukaran menembusi kubu pertahanan Kilanas FC di separuh masa pertama dan hanya sepakan penalti Md Haizul Rani bin Metussin pada minit ke-40 menjadi pemisah kedua-dua pasukan.
Berbekalkan kelebihan stamina yang lebih tinggi, MS ABDB meneruskan tempo permainan pantasnya di separuh masa kedua yang membuahkan hasil dengan penghasilan tiga gol lagi.
Adey Shariduan bin Haji Johari berjaya mendapatkan dua gol pantas dalam tempoh tiga minit saja iaitu pada minit ke-62 dan ke-64 untuk membawa MS ABDB ke depan dengan jaringan 3-0.
Manakala pemain kreatif MS ABDB, Md Mazazizi yang pada kebiasaannya bermula sebagai pemain kesebelasan utama kecuali malam tadi bermula dari bangku simpanan dan hanya masuk padang di babak kedua, turut masih sempat mendapatkan gol peribadinya.
Jaringannya pada penghujung babak kedua iaitu pada minit ke-90 itu menambah lagi derita Kilanas FC yang terus berusaha memberikan saingan bagi memuktamadkan perlawanan dengan jaringan 4-0.
Kini MS ABDB hanya perlu menunggu pemenang perlawanan peringkat suku akhir antara MS Polis Diraja Brunei dengan QAF FC pada 20 Disember nanti di Padang & Balapan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah (KSNHB).

No comments:
Post a Comment