Oleh Hasrulraizan
BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Dis – Md Hakeem bin Keri muncul menjadi wira LLRC FT menerusi jaringannya dua minit sebelum masa sebenar perlawanan tamat untuk pasukannya menang 3-2 ke atas Jerudong FC sekaligus membawa LLRC FT mara ke suku akhir Piala FA DST-NFABD 2014.
LLRC FT dua kali bangkit dari ketinggalan apabila sudah ketinggalan 0-1 pada minit ke-20 menerusi jaringan Md Asnawi bin Abdul Aziz untuk Jerudong FC.
Pada perlawanan di Balapan & Padang, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah (KSNHB) berkenaan, Md Hakeem berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-35 untuk gol pertama peribadi dan pasukannya malam tadi. Walaubagaimanapun Md Esmendy bin Brahim mengembalikan semula pendahuluan Jerudong FC pada minit ke-43 iaitu dua minit sebelum masa rehat yang ternyata menjadi gol terakhir separuh masa pertama untuk Jerudong FC mengepalai separuh masa kedua dengan jaringan 2-1.
Tatkala perlawanan bermula semula selepas rehat, kedua-dua pasukan terus bersaing sengit sehinggalah kedudukan kembali seimbang pada minit ke-65 apabila Nur Hazwan Khan bin Asmah Khan berjaya melepaskan diri dari perangkap ofsaid di sayap kanan dan cabaran Md Esmendy sebelum merembat tajam bola bagi menggegar gawang Jerudong FC.
Kedua-dua pasukan terus berbalas serangan, dengan LLRC FT yang kelihatan lebih bertenaga dan melancarkan serangan bahaya yang sering menguji penjaga gol Jerudong FC.
Hasilnya, Md Hakeem berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-88 untuk meledakkan gol kedua peribadi dan ketiga pasukannya, sekali gus memberikan kemenangan yang membawa pasukannya melangkah masuk ke peringkat suku akhir untuk melayani Najip FC pada 21 Disember ini di Stadium Negara Hassanal Bolkiah.

No comments:
Post a Comment