Search This Blog

Wednesday, March 16, 2016

Juara Liga Super DST sukar diramal


Oleh Hasrulraizan

 BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Mac – Kesemua lima pasukan teratas Liga Super DST musim lalu memenangi perlawanan pembukaan masing-masing musim ini kecuali tempat keempat musim lalu, Wijaya FC, tewas 0-2 kepada juara bertahan, MS ABDB, di Kompleks Sukan Berakas (KSB).
Sementara MS PDB menjadi satu-satunya pasukan di luar kedudukan lima teratas musim lalu yang mencatat kemenangan dalam perlawanan pertamanya musim ini, walau sekadar tipis 1-0 ke atas Lun Bawang di Kompleks Sukan Bato Apoi (KSBA), Temburong.
Tiga perlawanan lebih awal menyaksikan Indera SC (naib juara musim lalu), Tabuan Muda (kelima musim lalu) dan Najip I-Team (ketiga musim lalu) berpesta gol.
Indera SC membelasah Jerudong FC 7-0, Tabuan Muda memberikan pengajaran pertama Liga Super kepada juara Liga Perdana DST 2015, Kota Ranger dengan jaringan 5-1, manakala Najip I-Team menang besar 5-0 kepada Kasuka FC.
Pada perlawanan di KSB, MS ABDB hanya berjaya menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama tetapi tetap cukup untuknya mengutip tiga mata penuh.

MS ABDB mengutip tiga mata penuh dari perlawanan pertamanya setelah menang 2-0 ke atas Wijaya FC.
MS ABDB mengutip tiga mata penuh dari perlawanan pertamanya setelah menang 2-0 ke atas Wijaya FC.

Gol pertamanya dicipta pada minit ke-18 oleh Mohd Baharin Hamidon, manakala gol keduanya hadir pada minit ke-39 yang disumbangkan oleh Affindy Haji Akop.
Di KSBA pula, penjaring utama MS PDB, Najip I-Team, Jasriman, meledakkan satu-satunya gol perlawanan menerusi tendangan penalti pada minit ke-10.
Selepas berakhirnya perlawanan minggu pertama Liga Super Brunei DST 2016, juara perlawanan masih sukar untuk diramalkan, namun buat masa ini Indera SC berada di puncak dengan tujuh gol tanpa bolos.
Najip I-Team (5 jaringan tanpa bolos) menyusul di tempat kedua, Tabuan Muda (5 jaringan , 1 bolos) di tempat ketiga, MS ABDB (2 jaringan tanpa bolos) di tangga keempat dan MD PDB (1 jaringan tanpa bolos) di kedudukan kelima.

1 comment:

  1. latest collection on the current all nine Inc blockers coming up soon but I’ve La Skincare Serum been using this a lot as you can see and I'm finally each summer favorite for me half and the issue way womanizing she changed any rosy glow not this one performed shell and also is intended to adapt cheers in .

    http://masspmmusclegrowth.com/la-skincare-serum/

    ReplyDelete