Oleh Hasrulraizan
BANDAR SERI BEGAWAN, 13 April – Indera SC mengekalkan laluannya untuk menjulang kejuaraan Liga Super DST-NFABD apabila menyisihkan pesaingnya, Majlis Sukan (MS) ABDB malam tadi dengan kemenangan 2-0.
Mengutip 3 mata penuh buat kali keenam pada perlawanan ketujuhnya musim ini membolehkan Indera SC kini mengumpul 19 mata, tujuh mata di depan MS ABDB di tangga keempat, enam mata di depan Najip FC di tangga ketiga dan 4 mata di depan MS Polis Diraja Brunei (PDB) di tempat kedua.
Dalam saingan di Padang & Balapan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah (KSNHB), Indera SC menghasilkan gol pembukaan dalam keadaan kucar kacir di petak penalti MS ABDB apabila bola rembatan Hamizan Aziz Sulaiman berjaya ditepis Soldadu Md Suhandi Haji Awang Mahali di gawang MS ABDB tetapi bola melantun kuat ke kaki Md Asri Haji Aspar menggegarkan gawang MS ABDB pada minit ke-58 tatkala Soldadu Md Suhandi hanya mampu melihat bola melintas deras di atasnya.
Selang enam minit kemudian, MS ABDB berpeluang besar menyamakan
kedudukan menerusi sepakan percuma Soldadu (U) Md Mazazizi Mazlan di
sayap kanan, yang cuba ditanduk Soldadu Md Safari Wahit tetapi sempat di
tumbuk ke depan oleh Md Fakrul Zulhamzi Yussof.
Kegagalan menjaringkan gol itu membawa padah apabila Indera SC pula yang berjaya menambah golya pada minit ke-75, kali ini menerusi gerakan solo Md Zulkhairy Razali, yang menyepak bola dari sebelah kiri kotak MS ABDB.
Walau bagaimanapun wira sebenar Indera SC ialah penjaga gol Md Fakrul Zulhamzi, yang melakukan beberapa penyelamatan menarik termasuk ketika dalam situasi 1-1 dengan Soldadu Md Baharin Hamidon seminit selepas rehat ketika kedudukan masih lagi 0-0.
Pada minit ke-84, Md Fakrul Zulhamzi beraksi cemerlang lagi menyelamatkan bola rembatan kencang Soldadu Affendy dari tengah Petak D ke kanan gawangnya, dan kemudiannya pada minit ke-90 beliau berjaya menangkap kemas bola ke kiri gawangnya yang disepak oleh Soldadu Md Baharin dari sebelah kanan dalam Petak ‘D’nya.
Indera SC berpeluang besar kekal di liga sehingga berakhirnya pusingan pertama asal sahaja memenangi baki dua perlawanannya pada pusingan pertama, kerana Najip FC masih boleh memintas jika ia tewas dalam salah satu baki perlawanannya itu.
BANDAR SERI BEGAWAN, 13 April – Indera SC mengekalkan laluannya untuk menjulang kejuaraan Liga Super DST-NFABD apabila menyisihkan pesaingnya, Majlis Sukan (MS) ABDB malam tadi dengan kemenangan 2-0.
Mengutip 3 mata penuh buat kali keenam pada perlawanan ketujuhnya musim ini membolehkan Indera SC kini mengumpul 19 mata, tujuh mata di depan MS ABDB di tangga keempat, enam mata di depan Najip FC di tangga ketiga dan 4 mata di depan MS Polis Diraja Brunei (PDB) di tempat kedua.
Dalam saingan di Padang & Balapan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah (KSNHB), Indera SC menghasilkan gol pembukaan dalam keadaan kucar kacir di petak penalti MS ABDB apabila bola rembatan Hamizan Aziz Sulaiman berjaya ditepis Soldadu Md Suhandi Haji Awang Mahali di gawang MS ABDB tetapi bola melantun kuat ke kaki Md Asri Haji Aspar menggegarkan gawang MS ABDB pada minit ke-58 tatkala Soldadu Md Suhandi hanya mampu melihat bola melintas deras di atasnya.
Md Asri (Jersi 7) meraikan gol bersama rakan sepasukan dan ketua jurulatih mereka Haji Omar (kiri).
Kegagalan menjaringkan gol itu membawa padah apabila Indera SC pula yang berjaya menambah golya pada minit ke-75, kali ini menerusi gerakan solo Md Zulkhairy Razali, yang menyepak bola dari sebelah kiri kotak MS ABDB.
Walau bagaimanapun wira sebenar Indera SC ialah penjaga gol Md Fakrul Zulhamzi, yang melakukan beberapa penyelamatan menarik termasuk ketika dalam situasi 1-1 dengan Soldadu Md Baharin Hamidon seminit selepas rehat ketika kedudukan masih lagi 0-0.
Pada minit ke-84, Md Fakrul Zulhamzi beraksi cemerlang lagi menyelamatkan bola rembatan kencang Soldadu Affendy dari tengah Petak D ke kanan gawangnya, dan kemudiannya pada minit ke-90 beliau berjaya menangkap kemas bola ke kiri gawangnya yang disepak oleh Soldadu Md Baharin dari sebelah kanan dalam Petak ‘D’nya.
Indera SC berpeluang besar kekal di liga sehingga berakhirnya pusingan pertama asal sahaja memenangi baki dua perlawanannya pada pusingan pertama, kerana Najip FC masih boleh memintas jika ia tewas dalam salah satu baki perlawanannya itu.
No comments:
Post a Comment