BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Nov – Jerudong FC mengukuhkan cengkamannya di
tangga keenam apabila menewaskan pesaingnya di tangga ketujuh, MS PDB
dengan jaringan 4-1 di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, kelmarin.
Mohd Bazli bin Mohd Said memberikan Jerudong FC pendahuluan 2-0 pada
separuh masa pertama menerusi gol-golnya masing-masing pada minit ke-22
dan ke-27.
Ketua pasukan Jerudong FC, Hairol Azaman Shah bin Abdullah memberikan
pasukannya pendahuluan selesa 3-0 selepas rehat apabila berjaya
menanduk kencang bola dari sepakan sudut sebelah kiri gawang MS PDB pada
minit ke-53. Hairol Azaman Shah (kiri) ketika bersaing sebelum berjaya menanduk bola masuk untuk gol ketiga Jerudong FC pada minit ke-53.
PC 6139 Mohd Faiq bin Ramlee memberikan MS PDB sedikit harapan
apabila berjaya menyumbatkan gol pada minit ke-61 sekali gus merubah
kedudukan menjadi 1-3.
Namun jauh di masa kecederaan iaitu pada minit ke 90+2, Mohd Mardi
Mirza bin Abdullah Bujang membunuh segala semangat kebangkitan MS PDB
untuk memberikan Jerudong FC kemenangan bergaya 4-1.
Jerudong FC kini mengumpul 20 mata daripada 15 permainan, kekal di
tangga keenam untuk menjarakkan dirinya empat mata dari MS PDB yang
kekal dengan 16 mata dari 16 permainan di tempat ketujuh.
No comments:
Post a Comment